Sunday, June 21, 2009

MAKAN TIME


BIG APPLE DONUTS..tetiba aku rasa nak upload gambar ni..ada dua bijik alien yang kami beli..sedap sangat rasanya bila makan dengan kawan yang kita sayang...

tapi sekarang, aku dapat rasakan donut ni dah tak sesedap mana pun...

kalau dulu, tiap kali tengok gambar ni mesti aku terliur..tapi sekarang ni, mata aku yang terliur keluar air..hahahahaha...

tak apelah..bak kata pepatah,..pengalaman itu guru yang paling mujarab..semoga selepas ni aku akan belajar untuk lebih menghargai saat saat yang kita lalui sebab kita tak tau bila perpisahan akan mendatangai kita kan...kata orang, hargai lah sesuatu itu seblum ia nya hilang..hargailah sebuah kehidupan sebelum kematian memisahkan kita...

Saturday, June 20, 2009

Kek Ulang tahun dan KAHWEN..


alhamdulillah, 31.05.2009 yang lepas, kami sekeluarga telah mengadakan satu majlis kecil kecilan sempena nak sambut hari ulangtahun kelahiran anak buah aku, MOHD KHATAMI AS SIDDIQ,..memandangkan kakak aku suruh aku tempah kek masa tu, aku pun apa lagi, masukkan ler nama aku ngan kakak aku yang sorang lagi sebab kami pun lahir bulan 5...tahun lepas sedikit meriah sebab kami sambut sekali ngan hari ibu..seperti biasa, bapak aku bacakan doa...seperti yang tercatat kat dalam kek tu, paling muda angka tu adalah 7 tahun, sederhana muda adalah budak nama nurizan, baru je 28..and kakak aku ler yang paling besar kat sini..heheheh 36 tahun...kakak aku 36 tahun, tapi anak sulung dia dah 20 tahun...heheheh...bak kata bapak aku, "buat apa nak buat befday ni semua. doa dan sembahyang hajat kan bagus mintak umur panjang." tapi kakak aku cakaplah, dia buat pun dengan niat nak bersedekah, ajak kawan kawan anak buah aku datang makan.itu jer..

tapi tu lah..bila di kira, dah 28 tahun aku tumpang hidup kat bumi Allah ni..sekarang lak, mak bapak aku dah sibuk tanya bila aku nak kawen..lagi lagi lah lepas dapat tahu, aku kembali single..hmm..lelaki yang aku sangka bakal jadi suami aku, yang dah aku perkenalkan pada keluarga aku, tinggalkan aku ..:) tak ape, aku terima semuanya dengan redha..mungkin ada hikmah di sebaliknya...

semalam bapak aku tanya, aku nak pilih siapa antara 3 orang lelaki yang dia dah carikan untuk aku..sedih lak aku...bapak aku cakap, kalau tunggu aku cari, lambat. yerlah, aku sorang jer dalam adik beradik aku yang belum kahwen,, tapi bagi aku itu semua tak penting, aku pasti lambat atau cepat adalah rahmat Allah..

tapi tetiba pagi ni, masa aku bersarapan, aku bagitau kat mak n bapak aku, "aku tak nak kawen"..mengucap mak bapak aku..ya Allah, aku pun tak tau kenapa perasaan ni harus wujud dalam hati aku masa ni...bukan aku tak nak sempurnakan agama aku dengan berumah tangga, tapi buat masa sekarang buarlah aku belajr untuk menyintai Allah..bosan kah aku? entah..tapi yang pasti, aku tidak mahu mahligai yang aku bina kelak akan musnah kerana aku belum dapat menerima seorang lelaki lain dalam hidup aku buat masa sekarang..

kadang kadang aku sedih bila ingat yang aku dah tak mampu kekalkan niat aku untuk membimbing kawan aku ni..hanya Allah yang tahu niat aku dari mula sampai akhir..tapi apa lah daya aku kalau dia memilih untuk hidup bersama orang lain..yang pandai bergurau, berjenakan dan pandai jaga hati nya...biarlah...cuma amat terkilan kerana dari mula berkawan, aku bagitau bapak aku, mintak izain kat bapak aku sebab aku mahukan restu mak bapak aku untuk berkawan dan masa yang sama mendidiknya...

salahkah aku kalau kirimkan email email berbentuk ilmiah ? salahkah aku ajarkan nya 2 surah pendek dalam masa dua hari? mmm..katanya aku terlampau mendesak...entah entah email email ilmiah yang aku kirimkan selama ni dia buang jer...Allah je yang tahu...bagi aku ilmu islam tu takkan habis..kalau dah 6 bulan cuma nak ingat 2 surah je, tak salah tapi mana peningkatan ilmu tu..ilmu tak kan datang sendiri, tapi kita kena cari sendiri...

tapi tak apalah, rasanya perjuangan aku dah ditamatkan..perkhidmatan aku dah tak diperlukan lagi..aku redha..ada hikmahnya yang Allah akan tunjukkan pada aku, pada dia dan pada semua, insyaallah..mungkin ada orang lain yang mampu untuk mengikut rentak nya dan bahagiakan nya dunia akhirat..insyaallah..

PERKAHWINAN..
sapa yang taknak kawen kan...banyak yang berserabut dalam otak aku sekarang..tapi tak apa, aku masih ada Allah yang sentiasa bersama ku..Ya Allah Ya Tuhanku..hanya Kauyang tahu apa yang aku lalui ..

Wednesday, June 17, 2009

permulaan dan pengakhiran

salam...setiap yang bermula pasti akan berakhir dan setiap yang bernyawa itu pasti akan mati..
tidak ada apa apa lagi yang mampu aku pertahankan selama ini kerana aku sememangnya tidak pernah memilikinya..jadi secara literal nya, aku tidak kehilangan apa apa kerana aku tidak pernah menjumpainya dalam hidup aku...

selama 11 tahun, aku jejaki sebuah persahabatan yang tergantung semasa zaman persekolahan..di takdirkan Allah, aku dipertemukan dengan apa yang aku cari selama ini, segalanya berubah, daripada bernama Jullian, bertukar menjadi Mohd Ashraff...kenapa selama 11 tahun ini, kami tidak pernah bersua walhal kami berasal dari kawasanyang sama..2 bulan selepas dia menjadi seorang muslim, Allah pertemukan kami kembali..tetapi sayangnya ........seribu kali sayang

aku sering tertanya tanya, apa sebenarnya hikmah yang tersembunyi di sebalik pertemuan ke 2 ini, sebagai kawan, teman dan sahabat sememangnya pergaduhan sering berlaku..tapi kenapa
semakin hari semakin banyak perkara yang mendatangkan pergaduhan dan perselisihan timbul sedangkan aku mahukan persahabatan yang indah...mungkin kelemahan ku yang menjadi punca, aku yang tidak pandai bergaul, tidak pandai bergurau dan menceriakan keadaan...
siapalah aku berbanding perempuan lain...mungkin juga aku tak pandai menjaga hati, mungkin aku selalu cakap kasar, mungkin jugak aku ni pemarah, aku sensitif,segalanya kelemahan aku...

sebenrnya hari ni aku demam, terkejut atas dugaan bertimpa dalam hidup aku..tapi aku akan gagahkan kaki ku jua kerana aku tahu, nun di penghujung jalan, seorang lelaki lain yang amat menyintai aku sedang menanti ku dengan penuh kasih sayangku..iaitu bapak aku yang tak pernah putus putus menemani aku di masa aku senang dan susah ..dia lah cinta ku yang pertama...

aku demam, kerana aku terlalu bersedih di atas kehilangan sahabatku yang memilih untuk meneruskan kehidupan nya bersama orang lain, aku sedih kerana aku rasa aku belum sempat menakluki masa dan keadaan untuk membahagiakan..yer, aku berniat mendampinginya kerana aku mahu kami salaing mendidik, aku bukan banyak sangat ilmu agama nak didik dia, sebab tu aku mahu kami saling didik mendidik....aku happy sekejap tapi keputusannya untuk membewa diri ke suatu tempat benar benar menggugat aku, tapi siapalah aku untuk menghalang..mungkin di sana akan ada orang lain yang mampu membahagiakan nya dan boleh mendidiknya...siapalah aku...
aku pasrah dengan ketentuan Nya..setiap kali habis solat aku pasti memohon pada Allah agar dekatkan kami sekiranya dia adalah yang terbaik untuk ku di dunia dan akhirat...tapi sebaliknya, aku mohon di jauhkan jika bukan dia yang terbaik untuk ku dunia akhirat..dan sekarang dia menghilang jauh dari mataku...mungkin inilah jawapan sebenar nya yang ingin Allah sampaikan..
dari kejauhan, aku berdoa semoga Allah tetapkan hati mu, menemukan mu dengan jalan ketenagan dan kesabaran, jalan kehidupoan yang kau impikan...dan semoga suatu hari nanti Allah akan ketemukan kita dengan jawapan nya..semoga suatu hari nanti kau akan tahu..semoga suatu hari nanti kau akan tersedar dari mimpi dan angan mu...semoga kauakan jadi muslim yang mentaati Allah dan hidup dalamkasih sayang Allah...

walau di mana saja kau berada, doaku tetap bersama mu..terima kasih atas persahabatan yang indah ini..(kekadang terasa rindu ajarkan bait bait ql quran padamu)..tapi tak mengapa..mungkin Allah akan gantikan keindahan lain untuk kita dengan perpisahan ini...salam sayang




denagrkan lagu matahariku

Friday, June 12, 2009

selamat malam, malam yang indah..(sedit terasa kepanasan walaupun kipas dah bunyi macam helikopter)...

hari ni aku di uji dengan sesuatu dugaan yang aku betul2 tak sangka, kebetulan aku ambik cuti tahunan hari ni,patutlah sepanjang hari ni, hati ku terasa tak sedap, tak sedap macam rasa makan yong tau fu makcik depan everrise...sepanjang hari kat rumah aku tak buat apa pun, yang pasti hampir 2o kali aku menyapu...

rupanya,.....dugaan tu datang..aku rasa nak marah ada, nak pitampun ada, tapi nak buat mcm mana, benda dah nak jadi, tapi yang tak best nya, aku pulak di katakan punca ...
hati yang baru nak ok, dah jadi sakit balik...

tapi sekurang kurangnya aku tahu semua ni adalah kerana kasih sayang Allah pada aku..Allah cuma nak meyedarkan aku tentang kealpaan ku selama ni...mungkin dalam 2-3 minggu ni aku sedikit jauh dari Nya...

Thursday, June 4, 2009

Kuma kuma


Hihihihihihhihi....kuma kuma ni buat aku sentiasa tersenyum..al kisah, ada seorang teman yang selalu tumpang aku balik, teman kitorang ni aku rasa pernah masuk kat hospital tanjung rambutan...ader ke patut hari tu dier siap sembang sembang ngan kuma kuma lam kete aku...heheheheh..dah tu pulak, dier siap nak makan kuma kuma aku tuh...astagfirullahalazim...
comel kan kuma kuma aku nih...hmmm...

Wednesday, June 3, 2009

Di sini segalanya bermula

aku baru balik dari tempat kerja..penat tetapi penat lagi kehidupan ini aku rasakan..benar kata pepatah, setiap yang bermula pasti akan berakhir, dan setiap yang berhenti pasti ada permulaan nya..bila kita memulakan sesuatu, sudah pasti kita terpaksa berhadapan dengan risiko untuk mengakhiri...

aku teringat kata kata tulisan seorang sahabat, tersentuhnya hati bile sahabat ini memperkatakan tentang isteri keduanya.., padahal sebenarnya isteri pertama nya adalah perjuangan islam..ikatan perhubungan yang telah lama wujud dalam kehidupannya, mana mungkin mampu di pisahkan..kata nya lagi, biarlah isteri kedua tersebut yang akan menjadi enjin kuasa kepada percintaan nya dengan isteri pertama...

hmm..simbolik dan penuh makna bagi seorang pejuang islam, bagi seorang pencinta Allah..bukan mudah mencari sekeping hati yang mengagungkan kasih sayang dan cinta Allah..bukan mudah mencari seorang kekasih yang mencintai Mu ya Allah..
di sebalik kesedihan, akan ada kegembiraan, di sebalik gelak tawa, akan ada tangisan, disebalik kepayahan akan ada kesengan,..dan sudah pasti, selepas turunnya manik hujan, pasti muncul sang pelangi...

entah kenapa di senja begini, aku tidak mempu membendung kesedihan dan kesayuan hati ku...ada segunung keperitan yang aku pendamkan, ada segunung kesayuan yang bersarang dalam jiwaku...

Ya Tuhanku, kau beri kan aku kekuatan...kau berikan aku petunjukMu...aku pasti akan ada bahagia selepas derita...

Tuesday, June 2, 2009

Keindahan


gambar ni aku ambik kat pantai damai baru baru ni...
sejuk mata memandang keindahan anugerah tuhan..
at least dapat jugak aku rehatkan otak, melupakan segala kesedihan dan kegundahan dalam hati..

indahnya ciptaan tuhan..alun derau laut yang mendinginkan, mendamaikan segala keresahan hati aku..mm..aku pun dah blur, aku tak tahu kenapa kepala hotak aku nih tak boleh nak proses perasaan aku sekarang....kadang kadang aku rasa aku ni macam bola, suka hati orang je nak sepak aku kemana mana...suka hati je nak lontar aku..padahal aku pun ada perasaan,...aku pun x pasti kenapa aku tak der kekuatan untuk bunuh perasaan yang satu ni...

Ya Allah ya tuhanku, berikan aku sedikit kekuatan untuk terus mencari kasih sayanng Mu...aku penuh kegundahan dalam menilai erti kehidupan..

Ya Allah..aku pun dah tak tahu apa aku tulis, aku dah tak boleh nak konsentrate pada apa yang aku buat..semenjak dua menjak ni, aku ibarat jadi orang yang lain, aku hidup dalam kesedihan, besar sungguh ujian dan dugaan Mu untuk ku Ya Allah..

Ya Allah, tak mampu rasanya aku berdepan segala rintangan ini..hikmah sebuah pertemuan masih belum ku temui jawapannya sehingga kini...hingga detik ini, aku masih belum pasti dimana paksi ku....

Ya Allah,

Monday, June 1, 2009

hati

assalamualaikum malam yang gelap..
kau muncul setelah kau beri ruang pada sang mentari untuk berehat..
dan begitulah putaran dunia dan hari yang kita lalui..

kadang kala hati kita teramat mudah untuk terusik oleh sesuatu perkara yang mudah..
tapi aku juga manusia. mudah merasa berkecil hati bila sesuatu pengorbanan tidak dihargai dan tidak di peduli..semakin waktu beredar, semakin masa berganjak, semakin itulah kita rasakan dunia berubah, segala tindak tanduk dan perbuatan di sekeliling, akan menjadi tidak sama seperti waktu waktu sebelum nya..sukarkah untuk mempamerkan penghargaan...sukarkah untuk menghargai sedikit jerih usaha yang aku lakukan semata mata mahukan menghadiahkan kebahagiaan?

mmm..entahla, sebenarnya malam kian larut tapi aku tak mampu untuk mencari dan menggali jawapannya...yang aku pasti, aku perlu gagah mencari makna yang tersurat dalam lipatan qada dan qadar ku
aku tak tahu kemana harus aku tuju, aku tak tahu kemana harus aku atur langkah, aku tak tahu kemana harus aku mencari jawapan,aku tak tahu siapa aku di hatimu, aku tak tahu, siapa aku dalam hatimu, aku tak tahu kerana jawap mu tak berpaksi, aku tak tahu kerana madahmu bercelaru,

aku memang tak tahu..cuma apa yang aku tahu, aku sayang..

buat seorang dia

aku tak tahu,
mengapa enggan di usir rasa ini,
aku tak tahu,
mengapa hiba ini enggan merangkak pergi,
aku tak tahu,
mengapa cinta ini enggan berlalu sepi,
aku tak tahu,
mengapa enggan menganjak cerita hati...

aku tak tahu...
kerna aku keliru..
aku keliru,
kerna aku cemburu,
aku cemburu..
kerna aku mahu..