Wednesday, October 12, 2011

masakan ibu

Salam...pagi ni aku bertolak dari kampung sebab petang semalam balik nak uruskan pembelian perabut rumah..alhamdulillah, tinggal 10 peratus lagi rumah tu akan siap sepenuhnya..brg barang pun dah siap tempah semalam tinggal tunggu tauke tu hantar dan bayar...lepas tu rumah tu tinggal nak duduk je...alhamdulillah...tapi rasanya nak tambah dekor kat luar rumah..macam nak buat mini taman....
pelik jugak, sebenarnya pagi ni aku nak cerita tentang masakan ibu, bukan pasal rumah..merepek lak pagi pagi ni...jap tadi baru je lepas habiskan kelas 1 jam...sukenye hari rabu sebab ada kelas 1 jam je cuma petang ni aku kena pantau kelab lak...
masakan ibu,,,,entah kenapa terfikir nak tulis tentang masakan ibu pagi ni...yer lah, usia aku ni dah 30 tahun, tapi aku kekadang terfikir ada tak mak orang lain macam mak aku? aku dah kawen dah pun, tapi mak aku akan masakkan bekal makan tengahari untuk aku tiap kali aku balik ke kampung..kadang2 aku taknak tapi mak tetap buatkan...kadang kadang aku cakap nak sebab aku taknak mak kecik hati...tapi dah nama air tangan seorang ibu, walaupun yang dibuatnya sekadar telur dadar, sangat menyelerakan aku...huhuhu...esok esok, kalau mak kita dah tak ada, ada tak org yang boleh buat mcm tu kat kiter?
aku bersyukur ada seorang mak yang sngt bertanggungjawab...aku sangat sayangkan mak aku tapi sekarang mak dah selalu tak sihat, mak sakit kaki..nak bergerak pun susah tapi mak sangat cekap orangnya..mak tak pernah mengeluh tentang kesakitannya...Ya Allah, semoga kau beri keringanan pada mak aku...

Wednesday, October 5, 2011

travelog umrah


assalamualaikum...
entah kenapa semenjak menjadi isteri, aku amat jarang melayari diari maya ini..kadang kadang ingin rasanya berkongsi dalam sudut ini, cuma agaknya masa yang tidak begitu mengizinkan..alhamdulillah, pemergian ke tanah suci sangat meninggalkan kesan dalam hidupku...sukar digambarkan perasaan yang wujud ketika menatap dan memandang kaabah buat pertama kalinya...gembira, sedih, takjub,,semuanya bercampur baur...
penerbangan kami ke tanah suci bertolak pada 28. julai 2011 pada hri khamis..penerbangan pada jam 6.35 petang bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching menuju ke Brunei..tak silap aku, kami sampai ke Brunei pada jam 8 dan selamat tiba ke Brunei Hotel dalam jam 11 malam selepas beberapa ketika menunggu bas yang telah ditempah khas oleh agen kami...Alhamdulillah, kat Brunei dapat bilik yang sangat selesa dan luas...sebenarnya aku dan suami terkeluar dari senarai kumpulan kerana aku dan suami adalah pasangan terakhir yang mendaftar bersama agensi ini dan sebab tu jugak aku dan suami dapat extra layanan sikit...hehehehe..alhamdulillah..
keesokan pagi, seawal jam 8 pagi kami telah berangkat ke Airport brunei untuk ke Jeddah dengan menaiki pesawat Brunei Airlines...perjalanan selama 9 jam sangat mengujakan aku...alhamdulillah...sukar aku gambarkan perasaanku ketika itu...dalam pesawat yang sama, ramai juga jemaah dari negara lain terutamanya Indonesia..alhamdulillah, kami sampai ke Lapangan Terbang Jeddah pada masa yang ditetapkan tetapi amat memenatkan kerana terpaksa menunggu lebih dari 3 jam untuk menunggu bagasi kami...menurut kata ustaz yang bertugas dengan agen kami, beg kami kemungkinan besar telah tersalah hantar ke satu lagi lapangan terbang yang lain..hanya Allah yang tahu...dengan kepenatan dan perut yang lapar dan dahaga, akhirnya aku dan sepupuku mengambil keputusan untuk meminta kebenaran dari pegawai imegresen kat sana untuk keluar dari sebentar dari tempat menunggu beg kerana kesemua kami dah lapar..terutamanya ibu mertuaku yang gastrik..alhamdulillah, air mineral dan roti yang ku beli cukup untuk mengalas perut kami...
alhamdulillah setelah kepenatan beransur, beg yang dinanti akhirnya muncul dan kami akhirnya bergerak dari airport berkenaan menaiki bas untuk ke Madinah...aku pun dah tak ingat berapa jam perjalanan berkenaan kerana masa tu aku pun tak pasti waktu tempatan jam berapa...setelah perjalanan jauh merentasi padang pasir, akhirnya kami sampai ke MAdinah dan syukur pada Allah..hotel penginapan kami betul betul berhadapan dengan Masjid Nabawi....sampai sahaja di hotel, kami terus merehatkan diri dan tak lama selepas itu azan subuh pun berkumandang dan masa tu jam 4.20 pagi..awal nyer subuh kat sana kan..

Pagi tu lepas solat subuh, kami kembali ke hotel untuk membersihkan diri dan berehat sebentar dan alhamdulillah selepas tu Allah izinkan kami ke Raudhah...kat sana masa lawatan perempuan ke Raudhah adalah dari jam 7 pagi sampai 11 pagi sahaja...2 hari di MAdinah, kami menyempurnakan ibadah puasa..alhamdulillah, walaupun temph masa siang nya agak panjang, namun Allah permudahkan segalanya..cuaca memang sedikit agak panas dengan suhunya sangat menyengat...tapi alhamdulillah, Allah beri kemudahan pada kami...

setelah memasuki hari ke 5, kami telah berangkat dari MAdinah ke MEkah..perjalanan selama hampir 5 jam menaikii bas terasa sedikit kepenatan, namun di hati dan di bibir tak lekang mengungkapkan talbiah.."aku datang menyambut penggalian Mu Ya Allah...Labbaika Allahomma Labbaik. Labbaik La Shareeka Laka Labbaik. Innal-Hamdah, Wan-Nematah, Laka wal Mulk, La Shareeka Laka...".....

alhamdulillah, selepas sampai ke Mekah dan menghantar beg ke hotel semua jemaah bergegas ke Masjidil Haram untuk mengerjakan umrah...hanya Allah yang tahu betapa agungnya perasaan kehambaan kita bila mengadap Kaabah, sayu nya hati bila terkenangkan segala dosa dosa yang pernah dilakukan, pilunya hati ini bila melihat semua umat islam telah datang dari seluruh pelusuk dunia untuk mengabdikan diri kepada Allah disini...Maha Suci Allah...Ya Allah, ketika aku tulis tentang gambaran Kaabah ni, kepiluan dan kesayuan itu datang kembali...aku rindukan persaan dan pengalaman itu, dan aku berdoa agar suatu hari kelak aku akan kembali lagi ke sana...Ya Allah, semoga kau permudahkan laluanku menuju ke tanah suci mu lagi..

aku ingin rakamkan semua kenangan ku disini agar memori terindah itu tidak akan pudar dari ingatanku....