Friday, June 25, 2010

jun

Assalamualaikum
dah lama aku tak kembali di sini..dah agak lama aku lena dalam dunia aku sendir..hari ni, tinggal beberapa hari lagi maka aan berakhirlah bulan jun..setengah tahun telah berlalu..dan pada penghujung jun ini juga, sebelum ini aku nantikan dengan penuh debaran..dan bila semakin tiba ke penghujung nya aku sedar, jawapan itu telah hampir pasti aku temui...

sukar untuk aku tafsir sebab musababnya..tapi aku yakin, dia punyai alasan nya yang tersendiri..terkilan sebenarnya..itu lah perasaan yang dapat aku gambar kan kerana setelah aku lalui detik 2 bulan itu dengan penuh tanya, aku ditinggalkan sekali lagi dengan satu jawapan yang pasti...

sukar dan terkeliru aku memikirnya kerana dia tidak pernah menyatakan sebab nya..jika tidak memerlukan ikatan itu, untuk apa kau suarakan hasrat mu itu? untuk apa kau ibarat permainkan hati ku, hati kedua ibu bapa kita? tetapi pada masa yang sama, aku tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana kau juga punya alasan dan hak mu..

dusta lah sekiranya aku nyatakan bahawa aku tidak merasa sedih di atas penantian ini..tetapi sekuran kurangnya aku bisa hidup seperti sedia kala...tanpa perlu menjawab pelbagai teka teki yang memakan diriku...

pagi ini jiwa ku kosong, hati ku merintih tanpa ada tangis air mata..jiwa ku yang kosong, berputaran segenap duka yang menghuni, hati ku yang merintih, kerana buat kesekian kalinya, aku ditinggalkan lagi...tetapi kali ini aku amat malang...kerana peninggalan yang kau mulakan ini, kau juga yang memacak garis mulanya...
biarkan org bertanya, biarkan tiada siapa yang tahu...kerana jawabnya ada padamu...

cuma sesekali, bila ku pandang wajah ibu bapaku, aku tahu mereka kecewa, aku tahu mereka terkilan...dan aku tahu, begitu juga ibu bapa mu...tapi siapalah aku.
.???

maafkan aku...kerana bukan menjadi puteri yang kau impikan..maafkan aku, kerana bayang emosi mu tak sama dengan realitiku..maafkan aku...semoga tuhan temukan kita dengan pengganti yang lebih baik...aku doakan..

Monday, June 7, 2010

Mencari

Assalamualaikum..
Dah lama rasanya aku tak menulis kat blog aku...tetiba hari ni lepas membaca satu blog, aku tersentuh hati..sedih dan bercucuran air mata aku...baru sekarang aku temui jawapan di atas segala persoalan ku selama ini...menangis tatkala aku baca setiap luahan dalam blog tersebut...mungkin jugak sebab empunya blog itu berada dalam lingkungan yang dekat dengan aku...
Baru aku sedari satu hakikat, tapi untuk menemui hakikat dan jawapan itu, selalunya manusia menemani perjalanan mereka dengan pelbagai tanggapan..ada tanggapan yang baik dan juga ada tanggapan yang buruk..

Minggu lepas banyak kali aku hampir terlanggar org dan melanggar org..astagfirullahalzim...nauzubillah...semoga Allah jauhkan aku dari musibah....
pada masa yang sama aku terus mencari jawapannya, mungkin Allah mahu manguji aku..mungin Allah mahu melihat sejauh mana hatiku tetap kepadaNya...