Friday, April 8, 2011

RnR

Salam buat semua, tib atiba terfikir, entah siapa akan membaca karya maya ini sebenarnya, tib atiba terdorong untuk mencoretkan sstu di ruangan ini...jika suatu hari nanti, doktor tiba tiba beritahu, kita mempunyai sakit barah stage 4 dan mempunyai masa 3 bulan sahaja untuk hidup...apakah yang akan kita fikirkan? apakah kita akan menerima segalanya dengan redha? apakah kita akan menangis seharian? apakah kita akan berterima kasih kepada Allah kerana sudah cukup banyak nikmat yang telah dikurniakan kepada kita selama 30 tahun, 35 tahun atau 50 tahun kita hidup?

Hakikatnya, mati itu pasti kerana setipa yang bernyawa pasti akan mati, itulah janji Allah...tapi doktor bukan tuhan, yang bisa menentukan hidup mati nya seseorang...entah, aku belum bersedia memikirkan...bila kita terlalu memikirkan, kesedihan akan datang..maka biarkan fikiran itu pergi jauh dari sisi..kerana kebahagiaan masih ada menanti di hadapan kita..kasih sayang dan cinta Allah masih mekar untuk melindungi kita...

Sememangnya itulah sifat kita sebagai manusia dan hambaNya..bakaln diuji demi sebuah kehidupan yang hakiki di sana...bila dikenangkan, betapa banyaknya dosa yang kita lakukan seharian sedangkan setakat solat 5 waktu itu kita sudah merasa kita adalah hambaNya yang baik?? cukup kah dengan sekadar bersolat? sedangkan hati masih lagi bebas dari mengutuk mengeji, mulut masih lagi bebas mengata mengeji???


Ya Allah, banyak nya dosa yang aku kumpulkan,dosa pada Mu kerana melengahkan waktu solat, dosa pada Mu kerana kadang kadang keluh kesah pada ujuan dan dugaanMu, dosa pada kedua ibu bapa dan ibu bapa mertua kerana kadang kala teralpa menjaga hati dan perasaan mereka, teralpa menjaga makan minum mereka, teralpa kerana hanya mampu menjenguk mereka seminggu sekali dek kekangan masa, begitu juga dosa pada suami...yang kadang kala selalu merajuk entah kenapa, merajuk kerana panggilan tak dijawab, sms tak di reply....

Ya Allah...ampunkan segala dosa ku selagi kau masih berikan aku kesempatan untuk menikmati segala nikmat kurniaan Mu di dunia ini, Ya Allah sesungguhnya aku amat bersyukur di atas nikmat tak terhingga yang kau curahkan buat ku...Ya Allah, di dunia Mu ini, aku sekadar musafir lalu, menumpang sebelum menuju destinasi kami yang abadi, ...maka perbaikilah akhlak ku Ya Allah, agar destinansiku di hujung nanti akan menjadi destinasi syurga...

Thursday, April 7, 2011

Tak tahu apa die...

Assalamualaikum...setelah sekian lama, aku kembali lagi kat sini, cuma hari ini, aku blurr skit sebab tak tahu nak cerita ape, nak luahkan ape, sebab tak tau nak tulis ape...hari ni kalut sikit sebab berlaku nya kesilapan yang berpunca dari kealpaan sendiri, tapi alhamdulillah dah berjaya diselesaikan sebentar tadi, dalam pada tu pun tengahari tadi sempat juga menjamu selera di KFC bersama geng geng kapak...
Esok, insyaallah akan mengiringi pelajar ke Islamic Information Centre..jadi bidan terjun lak..tapi tak kisah, aku pun suke terjun terjun menjunam nih...bukan ape, sekali sekala, nak jugak regangkan otak otak yang beku di opis...