Saturday, June 20, 2009
Kek Ulang tahun dan KAHWEN..
alhamdulillah, 31.05.2009 yang lepas, kami sekeluarga telah mengadakan satu majlis kecil kecilan sempena nak sambut hari ulangtahun kelahiran anak buah aku, MOHD KHATAMI AS SIDDIQ,..memandangkan kakak aku suruh aku tempah kek masa tu, aku pun apa lagi, masukkan ler nama aku ngan kakak aku yang sorang lagi sebab kami pun lahir bulan 5...tahun lepas sedikit meriah sebab kami sambut sekali ngan hari ibu..seperti biasa, bapak aku bacakan doa...seperti yang tercatat kat dalam kek tu, paling muda angka tu adalah 7 tahun, sederhana muda adalah budak nama nurizan, baru je 28..and kakak aku ler yang paling besar kat sini..heheheh 36 tahun...kakak aku 36 tahun, tapi anak sulung dia dah 20 tahun...heheheh...bak kata bapak aku, "buat apa nak buat befday ni semua. doa dan sembahyang hajat kan bagus mintak umur panjang." tapi kakak aku cakaplah, dia buat pun dengan niat nak bersedekah, ajak kawan kawan anak buah aku datang makan.itu jer..
tapi tu lah..bila di kira, dah 28 tahun aku tumpang hidup kat bumi Allah ni..sekarang lak, mak bapak aku dah sibuk tanya bila aku nak kawen..lagi lagi lah lepas dapat tahu, aku kembali single..hmm..lelaki yang aku sangka bakal jadi suami aku, yang dah aku perkenalkan pada keluarga aku, tinggalkan aku ..:) tak ape, aku terima semuanya dengan redha..mungkin ada hikmah di sebaliknya...
semalam bapak aku tanya, aku nak pilih siapa antara 3 orang lelaki yang dia dah carikan untuk aku..sedih lak aku...bapak aku cakap, kalau tunggu aku cari, lambat. yerlah, aku sorang jer dalam adik beradik aku yang belum kahwen,, tapi bagi aku itu semua tak penting, aku pasti lambat atau cepat adalah rahmat Allah..
tapi tetiba pagi ni, masa aku bersarapan, aku bagitau kat mak n bapak aku, "aku tak nak kawen"..mengucap mak bapak aku..ya Allah, aku pun tak tau kenapa perasaan ni harus wujud dalam hati aku masa ni...bukan aku tak nak sempurnakan agama aku dengan berumah tangga, tapi buat masa sekarang buarlah aku belajr untuk menyintai Allah..bosan kah aku? entah..tapi yang pasti, aku tidak mahu mahligai yang aku bina kelak akan musnah kerana aku belum dapat menerima seorang lelaki lain dalam hidup aku buat masa sekarang..
kadang kadang aku sedih bila ingat yang aku dah tak mampu kekalkan niat aku untuk membimbing kawan aku ni..hanya Allah yang tahu niat aku dari mula sampai akhir..tapi apa lah daya aku kalau dia memilih untuk hidup bersama orang lain..yang pandai bergurau, berjenakan dan pandai jaga hati nya...biarlah...cuma amat terkilan kerana dari mula berkawan, aku bagitau bapak aku, mintak izain kat bapak aku sebab aku mahukan restu mak bapak aku untuk berkawan dan masa yang sama mendidiknya...
salahkah aku kalau kirimkan email email berbentuk ilmiah ? salahkah aku ajarkan nya 2 surah pendek dalam masa dua hari? mmm..katanya aku terlampau mendesak...entah entah email email ilmiah yang aku kirimkan selama ni dia buang jer...Allah je yang tahu...bagi aku ilmu islam tu takkan habis..kalau dah 6 bulan cuma nak ingat 2 surah je, tak salah tapi mana peningkatan ilmu tu..ilmu tak kan datang sendiri, tapi kita kena cari sendiri...
tapi tak apalah, rasanya perjuangan aku dah ditamatkan..perkhidmatan aku dah tak diperlukan lagi..aku redha..ada hikmahnya yang Allah akan tunjukkan pada aku, pada dia dan pada semua, insyaallah..mungkin ada orang lain yang mampu untuk mengikut rentak nya dan bahagiakan nya dunia akhirat..insyaallah..
PERKAHWINAN..
sapa yang taknak kawen kan...banyak yang berserabut dalam otak aku sekarang..tapi tak apa, aku masih ada Allah yang sentiasa bersama ku..Ya Allah Ya Tuhanku..hanya Kauyang tahu apa yang aku lalui ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment