Monday, October 26, 2009

kenangan

Assalamualikum duhai hari yang cerah..aku kembali lagi, merungkap rahsia hati, menjengah rindu semalam yang pernah aku tinggalkan...

Tamat sudah kesibukan EFD pada hari jumaat. kepenatan tidak menghalang aku untuk terus balik ke kampung petang Jumaat berkenaa..entah kenapa, aku tidak dapat melalui hujung minggu di rumah sewa ku..hari sabtu dan ahad aku penuhi dengan membantu keluarga di kebun..kebun yang baru sahaja kami usahakan..memang payah kerana sepanjang umur ku menumpang di dunia ini, ini lah pertama kali aku membanting tulang dan mengerah keringat seperti yang pernah di lalui oleh nenek moyang kita dahulu.

Namun kesibukan itu tidak dapat sama sekali membunuh kenangan dan ingatan kita pada seseorang...ya, aku merindui seseorang...aku mengingati nya kerana sedih kerana rasa di tipu oleh kata kata pengharapan nya..lelaki sememangnya begitu, mudah menuturkan kata janji tapi hakikatnya tiada upaya melaksanakan..Dia, yang pernah bertakhta dalam hati ku, dia yang pernah mengungkapkan janji pada ku...aku, yang bodoh ini, terus terpedaya dengan kata katanya..kata nya aku lah yang membahagiakan nya, aku lah yang terbaik , aku lah yang dapat membimbingnya. tapi baru kini aku sedar segalanya hanya kata dusta semata...

Kini baru aku sedari, kata kata itu hanya lah kata kata untuk menagih simpati aku..ketika dia susah, aku hulurkan bantuan, wang ringgit ku bukan lagi perkiraan walaupun rezeki yang aku perolehi tidak semewah mana..tapi aku korbankan segalanya kerana tidak mahu melihat orang yang kita sayang kelaparan dan menderita. tapi hati mana yang boleh bersabar, bila diri di khianati???????????

Bodoh kah aku? bodoh kah aku yang menolong seorang hamba Nya yang memerlukan? tetapi rupanya, aku cuma tertipu dan ditipu semata mata kerana kepentingan nya sendiri..
Dulu kau pernah kata kau sayang kan aku, tapi baru sekarang aku tahu kata kata mu hanya dusta semata. dulu kau pernah kata aku lah seri hidupmu, tapi kata itu lah kau katakan pada si dia..dulu kau pernah kata aku lah lampu suluh mu, tapi itu lah jua kau kata kan pada si dia...
aku yang tertipu, rupanya hanya seorang rakan yang akan kau cari bila kau susah tapi lansung kau tak ingat bila kau senang..

Mampukah aku memaafkan kekejaman dan kezaliman itu? mampu kah aku padam kan keburukan sifat yang kau lakukan kepada ku???
Suatu hari nanti kau akan rasa kan bagai mana berada di tempat aku, kau akan rasa bagaimana rasanya di khianati...suatu hari nanti kau akan rasa segala keperitan yang aku lalui..itu lah nama nya hukum karma...

Aku, hanya Allah yang tahu isi hati ku, tapi kau khianati keikhlasan ku hanya kerana si dia..duhai hati bunuh lah kenangan itu..kerana aku tak menginginkan bayang mu hadir dalam setiap jejak ku......

Buat seorang engkau, aku ucapkan terima kasih kerana pernah melemparkan taik taik dan sampah sarap dalam hidup aku. Buat seorang engkau, aku ucapkan semoga berbahagia bersama si dia..Buat seorang engkau, terima kasih kerana menjadi seorang munafiqqqqqqqqq

Wednesday, October 21, 2009

NIKAH DAN KAWEN

NIKAH, semua orang nak nikah dan nak kawen. aku tak tahu kenapa sejak seminggu yang lepas ingatan aku pada seorang sahabat ni mekar je. mungkin juga kerana dia juga mengingati aku. minggu ni memang aku penat dengan kerja kerja persiapan untuk ENGLISH FUN DAY..tapi kepenatan tu tak menghalang aku dari mengingati sahabat aku ini..

bulan hadapan, ketika umat islam bakal menyambut hari raya qurban, sahabat aku ini bakal mendirikan rumahtangga nya dan bakal menempuh alam baru dalam fasa kehidupan nya. aku acap kali berfikir akan keadaan sahabatku ini kerana aku tahu segala cerita yang terpendam dalam lipatan hidupnya. sahabatku pernah menyatakan keengganan nya untuk menikah atau berkahwin dalam masa terdekat kerana tidak mahu keluarganya tersalah anggap tentang pendirian nya memeluk islam beberapa ketika yang lalu..bagi nya, niat nya untuk mendalami islam adalah kerana hidayah Allah dan bukan semata mata kerana mahu berkahwin dengan wanita islam. tapi aku terkedu dan tergamam bila mendapat berita berkenaan. ternyata ada sesuatu yang mendesaknya.apa sudah jadi ?

minggu lepas aku menerima sms dari nya menceritakan tentang segala yang berlaku..aku turut merasa kemarahan itu kerana aku tahu segalanya..tapi "keadaan" itu membuatkan aku marah pada seseorang. tapi entah, aku sendiri tidak pasti...

buat sahabatku, aku tidak pasti samada kau membaca blog ini, tapi aku cuma boleh katakan, berhenti lah dari menjejaki aku walaupun kau kata di setiap solat mu, pasti ada bayang ku mengiringi, berhentilah mengingati aku kerana hati bakal isterimu itu lebih penting dari aku..

sahabatku, teruskan perjuangan hidupmu..bersbarlah di atas segala ujian ALlah, kerana ujian itu merupakan kasih sayang Nya...sahabatku, perbaikilah akhlak mu agar menjadi contoh yang baik untuk semua..

sahabatku...di kejauhan, aku akan mendoakan kebahagian mu

hadiah

Pagi ni aku bangun pagi mcm biasa, mcm dah set pulak mata ni nak bangun pukul 5 tiap tuap hari. pagi ni lepas solat baru aku terfikir nak pakai baju apa ek..aku bukak almari baju,mula mula nak ambik baju sutera hijau aku,tapi tak jadi, aku gapai baju kurung kuning lak.hari ni aku jadi warna kuning bergerak lak..heheheh

Pagi ni aku ada kelas pukul 7.30..dengan sekonyong konyong aku pergi kelas dengan bawak laptop dan LCD untuk budak2 present..separuh jam berlalu, tiba tiba kelas aku di datangi oleh ketua jabatan yang lain..katanya dia nak buat laporan tentang bilik kuliah. aku apa lagi terus mengadu yang kelas2 kat sana memang kotor dan kdang2 tu white board pun masih ditinggalkan dengan tulisan2 kelas sebelum ni..aku pulak, sebagai seorang pengajar, aku tahu tanggungjawab aku..bersihkan kelas sebelum kelas bermula, tak pun arahkan pelajr kutip sampah2 yang nyata..dulu masa aku di PTPL, itu adalah rutin kami, kena bersihkan sebab kelas sentiasa ada di periksa dan akhirnya kami terbiasa dengan keadaan begitu. tapi bulan2 pertama di sini, aku praktik kan tapi tidak berhasil bila sampai satu tahap aku rasa, apa yang aku buat orang lain tak support. kalau sebelum habis kelas, aku akan bersihkan kelas aku, tapi bila aku masuk kelas org lain, kelas tu pulak bersepah sampah..sebulan dua mungkin kita boleh nak hadap,,tapi bila dah lama, kita dah start rasa jemu nak buat benda sorang2...

bila aku dah lama tak buat, alih alih hari ni aku dapat cabutan bertuah lak dek sesi spot check tadi..tergumam dan sedih lak aku...tapi aku tau aku pun salah..tapi bila di ingat balik, aku rasa nak senyum..kenapa yer...:)
patut nya aku sedih ke lucu??entah leer...

pagi ni dah la aku hangin sebab bila aku suruh present, ada yang tak datang lah, lewat lah dan yang paling best salah tajuk....aku rasa nak na gis lagi semalam bila semak kertas kuiz depa..ada yang dapat kosong...menangis aku sebab aku terfikir aku ke yang tak pandai mengajar...??

mmm..cabaran memang cabaran.tapi itu lah hakikatnya..untuk semua anak didik ku, bila ilmu yang di ber itu sampai ke otak mereka, itu lah kemenangan bagi kamek yang bergelar pendidik tapi jika sebaliknya, kesedihan menjadi suara yang menzahirkan kegagalan ilmu.

duhai hati, hari ini aku tercabar lagi...terima kasih atas semua kritikan.

Thursday, October 15, 2009

hidup terlalu banyak untuk diperkatakan, setiap hari pasti ada sahaja pahit dan manis yang datang silih berganti..aku, terlalu sukar untuk dimengertikan. cuma orang yang terdekat dengan aku sahaja yang tahu siapa diri aku. aku, lalui terlalui banyak liku persimpangan dalam kehidupan. perjalanan hidupku hari ini, masih lagi berkisar tentang persimpangan yang begitu sukar untuk aku mengertikan. dalam dua persimpangan yang aku lalui, pasti nya aku akan menidakkan simpang yang baru sahaja aku jejaki. tetapi simpang yang telah aku lalui selama 28 tahun ini, mana mungkin aku lupakan begitu sahaja..

aku, seorang anak yang menggalas harapan ibu bapa, aku seorang anak yang membuat keputusan berpaksikan tutur kata keduanya...dalam hati, aku adalah seorang wanita yang menimbang satu lamar untuk masa hadapan.

tetapi aku, akan turuti kehendak kedua ibu bapaku kerana aku tahu keredaan mereka adalah keredaan Allah...tapi nun dihujung sana, seorang insan kerdil, meratap merintih mengharap tangan ku..

aku, merintih hiba pada satu tindak, meruntuh percaya insan lain, atas kejahilan sendiri, aku, seorang perempuan hina, memberi bantu seikhlas hati pada yang perlu, tapi akhirnya aku disakiti...
kerana, niat tidak akan menghalalkan cara...caraku...memang salah, caraku, memang bodoh, tapi aku, harus teruskan perjalanan, kerana aku tahu, aku tidak ada hati yang sekeras batu meninggalkan bantuan itu..

aku menangis, sedih kerana aku , telah meragut rasa percaya inbsan lain. aku meratap sedih atas kejahilan sendiri, gagal menyimpul satu keputusan dari tindakan yang tidak waras...

kepada keluarga ku, maafkan aku, berikan aku sedikit waktu untuk menamatkan perjuangan ku. kepada dia yang di sana, maafkn aku, kerana menumpahkan cuka masam dan asam jawa dalam cerita kita.

seorang teman, maafkan aku kerana telah menggagu emosi mu dengan kejam, melempar ruang tenang mu dengan gangguan yang aku ciptakan, atas dasar "membantu"...aku, seorang aku, terleka pada satu hakikat...NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA...maafkan aku semua...kerana kejahilan ini..

maafkan aku duhai hati, biar kan aku meratap pilu tanpa teman, melakar syahdu tanpa kudrat...biarkan aku menangis, agar tak kan ku toleh hari semalam...

Wednesday, October 14, 2009

Assalamualaikum.
untuk kesekian kalinya, di ruangan ini aku kembali kan catatan pena ku. Melakar pintasan suara di minda dan mengukir rasa hati bukan dari lidah...

Dalam perjalanan ini, seribu simpang menunggu penuh erti, mengaburi mata hati, membohongi kemahuan diri, simpang yang berliku, merampas aku dari kewarasan naluri.

Seorang dia yang menyayangi aku, dan seorang aku yang menyayangi dia.dan seorang aku itu, terbenteng sarat oleh satu suara.

Tuesday, October 13, 2009

duhai hati

duhai hati ku yang sedang kerisauan, aku bermunajat dengan kasih sayang Allah, agar memberikan aku sedikit rasa damai di hati...Manusia, sentiasa akan di uji dengan pelbagai kesedihan dan kepayahan atas pelbagai sebab..duhai hati yang masih merintih, aku gapai kekuatan untuk berdiri dalam rentak kehidupan ku, duhai hati, lagukan aku sebuah syair bahagia dari tinta sebuah pengalaman...hari yang penuh cubaan, terselindung di balik kuntum senyum di wajah..entah apa yang aku merepek..tiba tiba kedengaran...."ok, dah 4.30, boleh balik..." begitulah putaran waktu untuk seorang aku yang bergelar seorang cikgu..hua hua hua...