Thursday, April 29, 2010

CONVOCATION



Assalamualaikum...
Semalam PKS telah selamat mengadakan upacara graduasi yang ke 18..bile tengok anak2 murid aku dah hbs belajar, teringat lak zaman aku belajar dulu...bile time convo ni, ibarat saat kemenangan untuk kite setelah beberapa tahun mengharungi kehidupan sebagai seorang mahasiswa atau mahasiswi...terlalu banyak perit getir dan dugaan yang kita hadapi, dan sudah pastinya segalanya itu bakal menjadi landasan untuk kiter menjalanai kehidupan sebenar yang lebih mencabar....

masa aku convo dulu, tarikh tu sama dengan tarikh siti nurhaliza kawen...masa tu gak mula mula bapak aku taknak bawak mak aku sama sebab faktor kesihatan mak aku...aku merajuk, aku cakap kalau mak aku tak pergi aku taknak pergi jugak.. last 2 bapak aku mengalah jugak...yerlah, saat mcm tu kiter nak gak berkongsi dengan org org yang tersayang...dan masa tu insan yang banyak mengusung mak bapak aku g jalan2, adalah abe ehem ehem aku time tu...org kelate...abang mat namanya...hehehehehe...mak bapak aku suke sgt kat dier....family dier pun sayang kat aku cuma mungkin dah bukan jodoh, apa yang kami rancangkan tak menjadi jugak...takpe, ada hikmahnya...(entah kat mana lah dier sekarang, dah kawen ke belom )....

masa aku berada kat Main Hall UIAM, aku sedih , terharu, gembira dan semua perasaan ada...sedih sebab bakal tinggalkan uia dan kawan2...dulu masa sekolah menengah, dari form 4 aku selalu buat solat hajat nak masuk uia...dan bile Allah perkenankan doa aku, aku heppi sgt dan sudah semestinya bile nak grade time tu aku sedih...
dan sampai sekarang aku masih rindukan suasana uia.....

Masa dalam dewan nak tunggu turn masa tu, aku menangis...sebab heppi dah berjaya tamatkan pelajaran..alhamdulillah..sebak sebab sepanjang tempoh aku belajar, mak bapak aku banyak beri aku sokongan moral....

Insyaallah, pas ni aku nak sambung belajar lagi...
aku ingat lagi, pernah suatu masa, aku mintak bapak aku kirimkan buku tajwid aku yang tertinggal..masa bapak aku kirim, aku bukak la kotak tu, dalam buku tu, bapak aku selitkan satu nota kecil yang aku masih simpan sampai sekarang...bunyi nye begini...
" Anakku, menuntut ilmu adalah satu jihad.Ayahanda mahu anakanda pulang nanti membawa segulung ijazah yang sangat membanggakan"...luluh air mata ku membaca kata kata tuh....itu lah semangat yang bapak aku hadiahkan pada aku....aku tahu, bapak aku sayang sgt kat aku...teramat sayang sebab aku pun sayang sangat kat die...aku rindu kat mak bapak aku walaupun tiap 2 minggu aku balik jenguk diorang....

huhuhuhu...tak lama lagi aku akan jadi hak org lain...aku rindu nak tido ngan mak bapak aku mcm masa kecik2 dulu....apakah????????hahahahahaha.....

Tuesday, April 27, 2010

PILIHAN DAN MEMILIH


Assalamualaikum...
sendirian kat rumah, menjadikan aku sedikit kebosanan..tapi tetiba lak aku rassa nak tulis sstu kat sini...pilihan...itu yang ingin aku cetuskan dalam luahan ni...beberapa minggu yang lepas berlaku nya sstu yang membuatkan aku untuk terpaksa membuat keputusan...dan keputusan yang utuh telah aku ambil...dan kerana pilihan itu juga, setiap hari ku, aku seperti seorang penunggu...menunggu sstu yang aku sendiri tak pasti, aku mencari sstu yang belum tentu akan menjadi milik aku...

kadang2 terdetik, takut seandainya pilihan itu tidak seperti yang aku harapkan..tapi seorang sahabat pernah berkata, sekiranya kita memilih seseorang kerana cinta kan dunia, maka kita akan kehilangan cinta Allah, dasn sekiranya kita memilih seseorang kerana kemewahan nya, kita sebenarnya menghampiri kepapaan.......

dan, atas dasar yang utuh, aku menerima, kerana aku tahu landasan yang digalas pada tuntutan agama itu adalah lebih penting dari segalanya...insyaallah, aku akan berusaha untuk menerima segala kekurangan yang ada dengan sempurna kerana bagiku, aku bukan mencari yang sempurna kerana tidak ada yang sempuurna dalam dunia ini...

dari hari ke hari...aku menunggu tingkat waktu yang seterusnya...tapi aku biarkan...sekiranya dia adalah jodohhku, insyaallah, kami kan tetap bersatu...terima kasih keluarga ku, kerana mengiringi pilihan kali ini dengan penh kasih sayang dan restu yang sangat tinggi..

dan sudah pastinya pilihan ini aku lakukan kerana aku tidak mahu lagi menitiskan air mata kedua ibu bapaku..aku tahu, pilihan inilah yang akan membahagiakan nya nanti...

Ya Allah, Berikan aku kekuatan...Tunjukkan Kami jalan...Restuilah titian kami

MIMPI




assalamualaikum...
dari hari tu lagi aku nak tulis sstu tentang mimpi aku ni tapi tak tersampai lak tangan aku nih...sabtu 17.04.2010 , masa tu epa masih ada kat umah aku..sabtu tu hari epa akan balik ke kl setelah bersantai bersama aku selama seminggu...pagi sabtu tu jugak, celik je biji mata aku terus teringat pada mimpi aku..dalam mimpi aku tu, aku pergi tangkap ikan yang berada dalam anak sungai kat tepi rumah aku..sungai tu jernih sgt sampaikan ikan ikan tu boleh aku nampak dengan jelas..dan kerana dek kejelasan air sungai tu, aku dengan senang nya dapat tangkap ikan2 tu guna serampang...pas tangkap aku masukkan dalam basin...dan pagi tu, pagi lagi mak aku call aku dan sampaikan satu berita pada aku..aku tersenyum...alhamdulillah....

sepanjang hari tu aku tersenyum.....

selang seminggu lak, aku mimpi lagi...dalam mimpi tu aku bagitau mak aku, jangan sapu kat tempat tu sebab ada ular...aku nampak 3 ekor ular tedung..siap naik lagi kepala ular tu...pastu mak aku sapu gak, last2 ular tu menjalar, aku dan mak aku melompat ats meja..pastu datang lak makcik n pakcik aku...pas je aku bgtau kat diorang ada ular, "zapppp" ular tedung tu patuk betis aku......hahahhahahahha....

aku tersedar dan terus tersenyum...hmmmmmmmm...aku nak kawen ke ni??/
Ya Allah, mintak mintakla ada jodoh aku ni...
aminnnn

kengkawan

Assalamaualaikum..rasanya dah lama aku merehatkan jari jemari ku dari menaip idea dan coretan hati dalam laman ni..mungkin kerana masa yang pastinya...jumaat lepas aku menerima satu panggilan talipon dari seorang sahabat lama , olivia...rancak kami berbual, tetiba di pertengahan perbualan ada sebak dalam hatiku,maka tidak semena mena air mata aku berguguran...tapi tak pasti lak tangisan tu sebab aku rindu atau aku tetiba sensitif lak hari tu, tapi sedih gak sebab die sekarang mengajar kat ulu kapit, kawasan pedalaman 3...jauh tu nak sampai sekolah dier...mungkin jugak die lah jugak kawan aku suatu masa dulu...malam tu bile aku balik ke rumah, tetiba hati jadi sayu balik, rindu sangat pada sahabat sahabat masa belajar dulu terutamanya Epa, (padahal baru jer balik dari rumah aku minggu lepas), kakla, haizan, azeera, kerry, been dan semua nya...menangis pulak malam tu...entah kenape yer...ada masa rindu sgt nak melalui masa masa mcm waktu dlu....aku rindu kengkawan aku...sgt rindu....

Tuesday, April 13, 2010

Mahkota -

Mahkota - Terakhir Lirik

Untuk terakhir kali
Ku ingin bertemu
Memelukmu
Menjagamu
Meski aku tak akan pernah
Bisa lagi melihatmu
Cinta ini takkan hilang
Sampai mati kan ku simpan
Kerna hati ini tak mungkin bersatu
Menjalani cinta ini
Meski aku
Takkan pernahBisa lagi melihat mu
Cinta iniTakkan hilang
Sampai mati kan ku simpan
Meski aku takkan pernah bisa lagi
Melihat mu
Cinta iniTakkan hilangSampai mati kan ku simpan


terharu bila aku menghayati lagu ini..lagu yang amat menyentuh hati dan perasaan seorang aku yang penuh sadis..dan sudah pastinya, aku dedikasikan lagu ini untuk seorang dia yang telah menjadi milik org lain..milik sah yang sampai bila pun takkan mampu aku miliki....
seorang dia itu, ingin sekali aku bertemu, untuk kali terakhir agar aku simpan segala kenangan itu abadi sampai aku mati, tapi aku tahu sampai bila pun aku takkan mampu lagi untuk melihatnya...apatah lagi untuk memiliki cinta nya....dan yang pastinya, hati kami tidak akan bersatu kembali, walau sedalam mana rindu ku padanya, walau sekuat mana ingatan ku pada nya setiap hari, aku tahu, sampai suatu hari nanti, bila hayat ku telah tiada, saat itulah aku akn berhenti mengingatinya..

seorang dia, hanya Allah yang tahu kenapa hati ini enggan menyingkirnya pergi...
hari hari ku, aku menunggu, tapi aku tahu, dia takkan kembali,
hari hari ku, aku merindu, tapi aku tahu, rindu ku tidak berpenghuni,
hari hari ku, aku meratap, tapi aku tahu, ratapan ku sepi...
sesepi awan di malam hari, dan sekosong gurun pasir ..
maka itulah hati ku......untuk kali terakhir, maafkan aku kerana tak mampu melupakan mu