Tuesday, April 27, 2010
PILIHAN DAN MEMILIH
Assalamualaikum...
sendirian kat rumah, menjadikan aku sedikit kebosanan..tapi tetiba lak aku rassa nak tulis sstu kat sini...pilihan...itu yang ingin aku cetuskan dalam luahan ni...beberapa minggu yang lepas berlaku nya sstu yang membuatkan aku untuk terpaksa membuat keputusan...dan keputusan yang utuh telah aku ambil...dan kerana pilihan itu juga, setiap hari ku, aku seperti seorang penunggu...menunggu sstu yang aku sendiri tak pasti, aku mencari sstu yang belum tentu akan menjadi milik aku...
kadang2 terdetik, takut seandainya pilihan itu tidak seperti yang aku harapkan..tapi seorang sahabat pernah berkata, sekiranya kita memilih seseorang kerana cinta kan dunia, maka kita akan kehilangan cinta Allah, dasn sekiranya kita memilih seseorang kerana kemewahan nya, kita sebenarnya menghampiri kepapaan.......
dan, atas dasar yang utuh, aku menerima, kerana aku tahu landasan yang digalas pada tuntutan agama itu adalah lebih penting dari segalanya...insyaallah, aku akan berusaha untuk menerima segala kekurangan yang ada dengan sempurna kerana bagiku, aku bukan mencari yang sempurna kerana tidak ada yang sempuurna dalam dunia ini...
dari hari ke hari...aku menunggu tingkat waktu yang seterusnya...tapi aku biarkan...sekiranya dia adalah jodohhku, insyaallah, kami kan tetap bersatu...terima kasih keluarga ku, kerana mengiringi pilihan kali ini dengan penh kasih sayang dan restu yang sangat tinggi..
dan sudah pastinya pilihan ini aku lakukan kerana aku tidak mahu lagi menitiskan air mata kedua ibu bapaku..aku tahu, pilihan inilah yang akan membahagiakan nya nanti...
Ya Allah, Berikan aku kekuatan...Tunjukkan Kami jalan...Restuilah titian kami
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment