hidup terlalu banyak untuk diperkatakan, setiap hari pasti ada sahaja pahit dan manis yang datang silih berganti..aku, terlalu sukar untuk dimengertikan. cuma orang yang terdekat dengan aku sahaja yang tahu siapa diri aku. aku, lalui terlalui banyak liku persimpangan dalam kehidupan. perjalanan hidupku hari ini, masih lagi berkisar tentang persimpangan yang begitu sukar untuk aku mengertikan. dalam dua persimpangan yang aku lalui, pasti nya aku akan menidakkan simpang yang baru sahaja aku jejaki. tetapi simpang yang telah aku lalui selama 28 tahun ini, mana mungkin aku lupakan begitu sahaja..
aku, seorang anak yang menggalas harapan ibu bapa, aku seorang anak yang membuat keputusan berpaksikan tutur kata keduanya...dalam hati, aku adalah seorang wanita yang menimbang satu lamar untuk masa hadapan.
tetapi aku, akan turuti kehendak kedua ibu bapaku kerana aku tahu keredaan mereka adalah keredaan Allah...tapi nun dihujung sana, seorang insan kerdil, meratap merintih mengharap tangan ku..
aku, merintih hiba pada satu tindak, meruntuh percaya insan lain, atas kejahilan sendiri, aku, seorang perempuan hina, memberi bantu seikhlas hati pada yang perlu, tapi akhirnya aku disakiti...
kerana, niat tidak akan menghalalkan cara...caraku...memang salah, caraku, memang bodoh, tapi aku, harus teruskan perjalanan, kerana aku tahu, aku tidak ada hati yang sekeras batu meninggalkan bantuan itu..
aku menangis, sedih kerana aku , telah meragut rasa percaya inbsan lain. aku meratap sedih atas kejahilan sendiri, gagal menyimpul satu keputusan dari tindakan yang tidak waras...
kepada keluarga ku, maafkan aku, berikan aku sedikit waktu untuk menamatkan perjuangan ku. kepada dia yang di sana, maafkn aku, kerana menumpahkan cuka masam dan asam jawa dalam cerita kita.
seorang teman, maafkan aku kerana telah menggagu emosi mu dengan kejam, melempar ruang tenang mu dengan gangguan yang aku ciptakan, atas dasar "membantu"...aku, seorang aku, terleka pada satu hakikat...NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA...maafkan aku semua...kerana kejahilan ini..
maafkan aku duhai hati, biar kan aku meratap pilu tanpa teman, melakar syahdu tanpa kudrat...biarkan aku menangis, agar tak kan ku toleh hari semalam...
Thursday, October 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment