Monday, October 26, 2009

kenangan

Assalamualikum duhai hari yang cerah..aku kembali lagi, merungkap rahsia hati, menjengah rindu semalam yang pernah aku tinggalkan...

Tamat sudah kesibukan EFD pada hari jumaat. kepenatan tidak menghalang aku untuk terus balik ke kampung petang Jumaat berkenaa..entah kenapa, aku tidak dapat melalui hujung minggu di rumah sewa ku..hari sabtu dan ahad aku penuhi dengan membantu keluarga di kebun..kebun yang baru sahaja kami usahakan..memang payah kerana sepanjang umur ku menumpang di dunia ini, ini lah pertama kali aku membanting tulang dan mengerah keringat seperti yang pernah di lalui oleh nenek moyang kita dahulu.

Namun kesibukan itu tidak dapat sama sekali membunuh kenangan dan ingatan kita pada seseorang...ya, aku merindui seseorang...aku mengingati nya kerana sedih kerana rasa di tipu oleh kata kata pengharapan nya..lelaki sememangnya begitu, mudah menuturkan kata janji tapi hakikatnya tiada upaya melaksanakan..Dia, yang pernah bertakhta dalam hati ku, dia yang pernah mengungkapkan janji pada ku...aku, yang bodoh ini, terus terpedaya dengan kata katanya..kata nya aku lah yang membahagiakan nya, aku lah yang terbaik , aku lah yang dapat membimbingnya. tapi baru kini aku sedar segalanya hanya kata dusta semata...

Kini baru aku sedari, kata kata itu hanya lah kata kata untuk menagih simpati aku..ketika dia susah, aku hulurkan bantuan, wang ringgit ku bukan lagi perkiraan walaupun rezeki yang aku perolehi tidak semewah mana..tapi aku korbankan segalanya kerana tidak mahu melihat orang yang kita sayang kelaparan dan menderita. tapi hati mana yang boleh bersabar, bila diri di khianati???????????

Bodoh kah aku? bodoh kah aku yang menolong seorang hamba Nya yang memerlukan? tetapi rupanya, aku cuma tertipu dan ditipu semata mata kerana kepentingan nya sendiri..
Dulu kau pernah kata kau sayang kan aku, tapi baru sekarang aku tahu kata kata mu hanya dusta semata. dulu kau pernah kata aku lah seri hidupmu, tapi kata itu lah kau katakan pada si dia..dulu kau pernah kata aku lah lampu suluh mu, tapi itu lah jua kau kata kan pada si dia...
aku yang tertipu, rupanya hanya seorang rakan yang akan kau cari bila kau susah tapi lansung kau tak ingat bila kau senang..

Mampukah aku memaafkan kekejaman dan kezaliman itu? mampu kah aku padam kan keburukan sifat yang kau lakukan kepada ku???
Suatu hari nanti kau akan rasa kan bagai mana berada di tempat aku, kau akan rasa bagaimana rasanya di khianati...suatu hari nanti kau akan rasa segala keperitan yang aku lalui..itu lah nama nya hukum karma...

Aku, hanya Allah yang tahu isi hati ku, tapi kau khianati keikhlasan ku hanya kerana si dia..duhai hati bunuh lah kenangan itu..kerana aku tak menginginkan bayang mu hadir dalam setiap jejak ku......

Buat seorang engkau, aku ucapkan terima kasih kerana pernah melemparkan taik taik dan sampah sarap dalam hidup aku. Buat seorang engkau, aku ucapkan semoga berbahagia bersama si dia..Buat seorang engkau, terima kasih kerana menjadi seorang munafiqqqqqqqqq

No comments:

Post a Comment