Wednesday, October 21, 2009

NIKAH DAN KAWEN

NIKAH, semua orang nak nikah dan nak kawen. aku tak tahu kenapa sejak seminggu yang lepas ingatan aku pada seorang sahabat ni mekar je. mungkin juga kerana dia juga mengingati aku. minggu ni memang aku penat dengan kerja kerja persiapan untuk ENGLISH FUN DAY..tapi kepenatan tu tak menghalang aku dari mengingati sahabat aku ini..

bulan hadapan, ketika umat islam bakal menyambut hari raya qurban, sahabat aku ini bakal mendirikan rumahtangga nya dan bakal menempuh alam baru dalam fasa kehidupan nya. aku acap kali berfikir akan keadaan sahabatku ini kerana aku tahu segala cerita yang terpendam dalam lipatan hidupnya. sahabatku pernah menyatakan keengganan nya untuk menikah atau berkahwin dalam masa terdekat kerana tidak mahu keluarganya tersalah anggap tentang pendirian nya memeluk islam beberapa ketika yang lalu..bagi nya, niat nya untuk mendalami islam adalah kerana hidayah Allah dan bukan semata mata kerana mahu berkahwin dengan wanita islam. tapi aku terkedu dan tergamam bila mendapat berita berkenaan. ternyata ada sesuatu yang mendesaknya.apa sudah jadi ?

minggu lepas aku menerima sms dari nya menceritakan tentang segala yang berlaku..aku turut merasa kemarahan itu kerana aku tahu segalanya..tapi "keadaan" itu membuatkan aku marah pada seseorang. tapi entah, aku sendiri tidak pasti...

buat sahabatku, aku tidak pasti samada kau membaca blog ini, tapi aku cuma boleh katakan, berhenti lah dari menjejaki aku walaupun kau kata di setiap solat mu, pasti ada bayang ku mengiringi, berhentilah mengingati aku kerana hati bakal isterimu itu lebih penting dari aku..

sahabatku, teruskan perjuangan hidupmu..bersbarlah di atas segala ujian ALlah, kerana ujian itu merupakan kasih sayang Nya...sahabatku, perbaikilah akhlak mu agar menjadi contoh yang baik untuk semua..

sahabatku...di kejauhan, aku akan mendoakan kebahagian mu

No comments:

Post a Comment