Monday, May 24, 2010

keliru

Assalamualaikum..
Malamyang indah ini, terima kasih Allah kerana memberikan aku sedikit waktu lagi untuk menjadi penumpang di alam dunia Mu...Alhamdulillah, akudiberikan kesempatan untuk hidup di dunia pada hari ini...
sebulan lebih masa berlalu, aku ditinggalkan tanpa sebarang keputusan...kadang kala aku jadi keliru, apakah semua itu sekadar gurauan atau persendaan? ataukah aku cuma sekadar hentian?
telah aku berikan keputusan dan jawapan yang pasti, tetapi akhirnya aku yang ditinggalkan sendiri, bila aku mulakan langkah, segalanya tetap sama....maka tahulah aku tidak sepenuhnya diharapkan..maka bermula dari tarikh ini, detik ini, aku berjanji, aku takkan mulakan nya lagi...
terima kasih kerana memberikan harapan palsu untuk ku...terima kasih...

Monday, May 10, 2010

Assalamualaikum..
Pagi2 yang indah, hati ku diselubungi kesedihan, aku sangat sedih pagi ni, ditambah lagi dari semalam jiwa bahagia itu seakan pudar dari halaman hidupku...dari semalam aku sudah dapat merasakan aura kesedihan itu, ternyata semuanya benar...semalam aku menantikan sstu yang aku sendiri tak pasti, satu harapan yang belum tentu menjadi kenyataan...berjuta warna pelangi di dalam hati, kini telah menjauh pergi...dan semakin hari cahaya nya kian tidak kelihatan....

Aku tahu, Allah memberiku rasa ini kerana ingin menguji ketabahan hatiku, aku tahu Allah mahu menjadikan aku kuat dengan segala cubaan Nya...

Friday, May 7, 2010

Buat seorang dia

Assalamuaalaikum
Malam ni tetiba ingatan aku kuat sangat pada seorang dia yang dah lama menghilang dari hidup aku..Bila wajah tu muncul, ada titis air yang membasahi pipiku...mengiringi coretan aku pada malam yang sgt sunyi ni...aku tau aku berdosa kerana merinduinya tapi apalah daya aku...seorang insan hina yang miliki sekeping hati hina...aku, yang menyayanginya sepenuh hati, di ibaratkan boneka yang tak berperasaan...alangkah indahnya dunia, jika dia tahu betapa aku syg kan dirinya???

Untuk kesekian kalinya, rindu ini menjemput kenangan silam bertandang..aku merindui saat2 ketika aku ajarkan nya ayat2 suci Allah...aku rindukan detik itu yang sudah pastinya takkan dapat terulang kembali...

Ya Allah..berikan aku kekuatan untuk terus berdiri..aku masih merindukan sstu yang tak mungkin dapat aku temui bersama insan lain...tapi siapalah aku di hatinya...selayak nya cuma disakiti, dikasari dan di perbodohkan...tapi biarlah semua itu...

Ya Allah, ampuni aku kerana masih gagal mengusir pergi rasa ini...mungkin pada masa ni, dia dah gembira sebab bakal menimang anak nya kedua bersama isterinya....
dah lama aku simpan rasa tu, sejak zaman sekolah....tapi yang buat aku terluka dan tak dapat aku lupakan adalah harapanyg diberikan kepada mak bapak aku dulu..pedih,,,,

biarlah ...sesekali rindu datang, maka dijemputnya kenangan sebab itu aku beremosi...
esok, aku tidak tahu apa yang bakal berlaku....

Thursday, May 6, 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah Allah, terima kasih kerana memberikan aku rasa yang begitu indah ini...Alhamdulillah...semoga semuanya berjalan lancar...Ya Allah...

Doa Istikharah

Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya"

Kebusyan

Assalamualaikum
Hari ni tetiba je aku nak luahkan kebizian yang melanda aku hari ni...seawal jam 8 pagi, aku dah terpaksa mengadap anak murid aku kat library untuk dengar diorang buat presentation...ooo makk ayyyyy...aku kena dengar diorang sampai kol 1.30 tadi....nak termuntah...tapi benda tu bukan berakhir kat situ saje...semoat solat zohor jap...tengah nak suap mee goreng yang aku beli pagi tadi..tetiba tepon aku berdering...student aku nak datang buat presentation lak kat opis,,,nak taknak terima gak....semua nya berlanjutan sampailah jam 4 petang...sangat penat aku hari ni...tapi aku happy gak sebab walaupun busy, itu adalah tanggung jawab aku dan amanah yang aku kena buat....

Alhamdulillah, hari ini jugak dalam kebusyan ni, aku menerima satu sms dari seseorang yang nyatanya mengubah persepsi aku terhadapnya selama ni...mintak maaf saudara..kerana tersilap membuat andaian...

Dan sekarang dalam kesibukan kerja, aku masih menanti akan satu ketetapan dalam hidup aku...aku pun tak tau kena tunggu sampai bile...Bile lah agaknya semua teka teki akan terjawab....

Tapi tak ape...aku pasrah dan aku redha, sekiranya pilihan tu adalah baik untuk ku...tetapi sekiranya ditakdirkan bahawa pilihan itu bukan yang terbaik untuk kami, aku pasti Allah mahu berikan yang terbaik untuk kami..."KENAPE ALLAH TURUNKAN HUJAN?SEBAB SELALUNYA LEPAS HUJAN ALLAH AKAN BERIKAN KITA PELANGI..."

jadi sebab kata kata tu lah, aku akan terima segala apa jugak ketentuan Allah...semoga aku tabah mengahdapi semua dugaan ....

muahhhh...salam sayang