Wednesday, December 9, 2009

Tahun Baru

Tidak lama lagi semua kita akan melangkah ke tahun baru, tahunbaru dalam kalendar biasa, dan juga kalendar islam...tahun baru seringkali dikaitkan dengan azam baru..tapi sejauh manakah azam lama itu telah berjaya di laksanakan..tidak lama lagi nombor yang terpapar pada kolumn umur juga akan bertambah..tapi sesetangah orang kata,itu sekadar digit. tapi pada hakikatnya, berubahan digit itu membawa kesan yang amar besar dalam hidup kita..tahun depan, aku pun tidak akan terkecuali dari menambah digit pada umur aku..nak taknak aku terpaksa menerimanya sebab itu adalah kitaran kehidupan..kalau dulu aku menyambut ulangtahunkelahiranke 18 bersama rakan rakan...tapi tahun hadapan mungkin situasanya amat berbeza kerana jarak waktu amat memisahkan kita dari cerita semalam...

Tahun hadapan, aku tidak pasti selama mana aku mampu bertahan. aku juga tidak tahu sejauh mana kehidupan akan tetap memberi ku ruang untuk mengecapi nikmat sebagai seorang musafir di bumi tuhan..setelah pelabagi duri yang aku lalui, aku akur pada ketentuan...sesungguhnya amat benar, segala yang buruk itu pastinya datang dari kejahilan kita sendiri..sebagai seorang manusia dan hambanya, aku terpaksa akur menerima segala, aku akan belajar menerima ketentuan yang telah tersurat.

tahun hadapan, pastinya akan ramai lagi yang akan menanyakan soalan bonus untuk aku.."bila lagi nak kawen?"...komfem ramai yang akan tanya dan aku rasa kebarangkalian nya juga akan semakin bertambah berbanding tahun ini...satu artikel yang aku baca menyatakan, sekiranya org bertanya, jawablah, "rahmat tuhan"....memang benar, dalam kerisauan itu aku mengiyakan semuanya..aku kahwen cepat atau lambat itu semua adalah rahmat Allah yang pasti nya mengandungi pelbagai hikmah yang tersembunyi....

No comments:

Post a Comment