Monday, March 22, 2010

PEMBERIAN

Entah bagaimana nak tulis..tapi dari semalam, hati aku macam terpanggil untuk coretkan luahan di kanvas yang tak perlu gunakan pen ni..Sabtu lepas, semasa berada di kampung, aku menerima satu pemberian daripada bapak/ emak aku..pemberian itu tidaklah sebesar mana, tidaklah semahal mana, tetapi nilai yang tersirat di sebalik pemberian itu sangat besar..aku menerima pemberian itu dengan rasa bersalah yang amat tinggi..bukan aku tak sudi menerima, tetapi aku sendiri mampu untuk memperolehinya, dan bukan aku tak suka akan pemberian itu, lagi lagilah dari mak/ bapak aku..cuma sesekali hatiku berdetik, apa kata adik beradik ku yang lain bila mana mengetahui tentang pemberian itu? dalam masa yang sama, aku bersyukur kerana aku tahu, tingginya kasih seorang ibu dan ayah terhadap anaknya...aku tahu mereka berdua sgt sygkan aku..ada titis air mata yang membasahi pipi aku masa itu..tapi segera aku sapu dan hilangkan kesannya..



Sehingga ke hari ini, aku masih lagi dihantui rasa bersalah..takut seandainya ada diantara kakak - kakak atau adikku yang akan mengatakan bahawa keduanya lebih menyayangi aku berbanding yang lain..masa yang sama, aku sedar, mereka juga manusia, soal hati, hanya mereka sendiri yang dapat mentafsir dan memberikan jawapannya...



Semoga Allah berikan aku ruang dan peluang untuk membahagiakan keduanya, dan semoga Allah berikan aku kekuatan dan kelapangan untuk membalas sisa kehidupan keduanya dengan kasih sayang dan kesenangan hidup, dan semoga hari hari yang akan aku lalui esok, kami dikurniakan kesihatan yang sempurna agar dapat aku beribadah kepada Allah dan masa yang sama menunaikan tanggaungjawab ku sebaagai anak..Benar kata pepatah, seandainya esok, aku kehilangan pasangan hidupku, dengan erti kata lain aku kehilangan suami, aku boleh cari suami lain, tapi sekiranya aku kehilangan keduanya, aku takkan dapat penggantinya...kerana kedua ibu bapa kita tidak akan ada gantinya...

No comments:

Post a Comment