Tuesday, February 23, 2010

"Orang yang tidak bahagia di rumahnya tidak akan bahagia di tempat lain. orang yang tidak dicintai keluarganya nescaya tidak akan dicintai oleh sesiapa pun. orang yang menyia nyiakan hari ini akan menyia nyiakan hari esok. "


Dr Aidh Bin Abdullah Al Qarni

Aku petik kata kata ni dari buku Jangan Bersedih. Sesungguhnya memang benar pun, kebahagiaan itu sebenarnya datang dr rumah itu sendiri, maknanya ia nya bermula dari rumah. Jika kita mengasihi orang yang berada di dalam rumah kita sendiri nescaya kita akan dapat menyayangi insan lain..begitu juga sekiranya kita tidak menyuburkan rasa kasih dan sayang kepada keluarga, nescaya org luar pun akan melakukan perkara yang sama kepada kita. Tapi ada masanya kita melebihi orang luar dari menunaikan kehendak keluarga kita sendiri. Ada ketikanya, dek kerana alpa, kita melupakan tanggungjawab kita terhadap keluarga kita sendiri kerana melebihkan tanggungjawab kita terhadap insan lain yang tidak ada pertalian nya dengan kita..Tapi kerana itu lah kita dinamakan manusia, acapkali melakukan kesilapan.

Untuk itu, renungkan lah, walau dimana jua kita berada, tanggungjawab yang kita galas amat berat..Tapi sesungguhnya, walau apa pun terjadi, kelarga kta jualah yang sentiasa bersama kita..
Masa begini, aku rindu kan mak aku..minggu lepas aku balik tapi kejap...

No comments:

Post a Comment