Tuesday, February 23, 2010

AKU DAN OLIVIA

Entah kenapa tiba tiba lak rasa nak uplode gambar aku dan oli..kami rapat sebab kami dulu mengajar kat Kolej yang sama, jadi rapat jugak sebab dok satu rumah..jadi rapat jugak sebab kami selalu luahkan masalah kami masing masing. Tapi sekarang, kami dah terpisah. Tapi alhamdulillah sebab dua dua kami dah dapat kerja gomen, dulu ngajar kat swasta jek. Cuma sekarang kami berbeza kementerian walaupun tugas nya sama, mendidik anak bangsa. Sekarang pun susah nak contact Oli, sebab nye die ada kat Ulu Kapit, sekolah ape ntah aku pun tak ingat. Kadang2 aku rindu kan oli, terutamanya bile tengah tensen..dulu kitorang selalu nyayi kuat2 dalam bilik aku, sampaikan salah seorang housemate aku ketuk pintu bilik sampai cakap, "Hoi, BUNUH DIRI.COM ker" ..hehehehhehehe..

Dan sekarang jugak Oli dah jadi Puan, baru je kawen beberapa bulan lepas.Itu pun, dengan bangganya aku yang kenen kan dia dengan suami dia sekarang..hehehhe..
Hari raya lepas pun oli datang rumah aku bersama adik2 die..terlepas jugak rindu aku..
mmm...entah, bila lah boleh jumpe lagi..
"Orang yang tidak bahagia di rumahnya tidak akan bahagia di tempat lain. orang yang tidak dicintai keluarganya nescaya tidak akan dicintai oleh sesiapa pun. orang yang menyia nyiakan hari ini akan menyia nyiakan hari esok. "


Dr Aidh Bin Abdullah Al Qarni

Aku petik kata kata ni dari buku Jangan Bersedih. Sesungguhnya memang benar pun, kebahagiaan itu sebenarnya datang dr rumah itu sendiri, maknanya ia nya bermula dari rumah. Jika kita mengasihi orang yang berada di dalam rumah kita sendiri nescaya kita akan dapat menyayangi insan lain..begitu juga sekiranya kita tidak menyuburkan rasa kasih dan sayang kepada keluarga, nescaya org luar pun akan melakukan perkara yang sama kepada kita. Tapi ada masanya kita melebihi orang luar dari menunaikan kehendak keluarga kita sendiri. Ada ketikanya, dek kerana alpa, kita melupakan tanggungjawab kita terhadap keluarga kita sendiri kerana melebihkan tanggungjawab kita terhadap insan lain yang tidak ada pertalian nya dengan kita..Tapi kerana itu lah kita dinamakan manusia, acapkali melakukan kesilapan.

Untuk itu, renungkan lah, walau dimana jua kita berada, tanggungjawab yang kita galas amat berat..Tapi sesungguhnya, walau apa pun terjadi, kelarga kta jualah yang sentiasa bersama kita..
Masa begini, aku rindu kan mak aku..minggu lepas aku balik tapi kejap...

DALAM MUSIBAH ITU ADA EMPAT SENI, IAITU MENCARI PAHALA DARI ALLAH, BERKAWAN DENGAN KESABARAN, BERZIKIR DENGAN BAIK DAN MENUNGGU KELEMBUTAN DARI ALLAH S.W.T

Thursday, February 18, 2010

ULANGTAHUN KEMATIAN

Februari, bulan kedua dalam kalendar, tanggal hari ini, maka genaplah 49 hari kita melalui tahun kehidupan pada angka yang menganjak..
Februari ini aku diuji lagi dengan pelbagai dugaan dan hiba yang melanda, dan Februari ini, aku harapkan takkan sama seperti Februari lain yang pernah aku lalui 28 kali seperti sebelumnya...
Pastinya, ketibaan nama yang sama tidak bermakna membawa bersama rentetan perjalanan kehidupan yang sama...selagi kita bernama manusia, yang menumpang di bumi tuhan, setiap hari, setiap detik yang kita lalui tak kan pernah berulang jadinya walau sekali...

Mac pula, kian datang menghampiri untuk melengkapkan turutan kitaran nya sebelum di ganti kedatangan April..begitulah kehidupan...

Yang hidup akan mati, yang datang akan pergi, yang bermula akan berakhir, bila mana lengkapnya giliran siang dan malam membelah bumi..

Untuk kesekian kalinya, tanpa kita sedari, telah kita lewati harui ulang tahun kematian kita sendir tanpa kita sedari,..mungkin esok, mungkin lusa, tahun ini, tahun hadapan, janji Allah pasti tiba.