Thursday, November 29, 2012

selamat kembali

alhamdulillah...setelah sekian lama menyepi, akhirnya aku diberi kesempatan untuk mencoret sepatah dua kata dalam blog yang sekian lama aku tinggalkan..kali terakhir aku berkongsi cerita adalah pada januari tahun ini, dan sekarang, kita bakal menghampiri penghujung bagi tahun 2012... terlalu banyak yang berlaku sepanjang tempoh ini dan kebanyakkan nya sudah aku buang jauh dari sudut kenangan hati kerana sisa baki masa yang tinggal, aku hanya mahu menjadi seorang yang bahagia dan ceria dan bukan hidup dalam kedukaan... tahun 2012 sangat bermakna bagi ku kerana pada tahun ini, aku telah selamat melahirkan zuriat ku bersama suami tercinta yang diberi nama Aabiah Tahsina setelah setahun 4 bulan aku menunggu penuh sabar dan hikmah...sesungguhnya Allah telah menjawab doa kami..syukur... dalam bulan ini juga, aku dah dapat kunci untuk rumah baru kami..dan insyaallah dalam bulan depan, dah boleh dah duduk rumah baru tapi masalahnya sekarang baby masih lagi kat kampung, mak n kakak jaga sebab suami masih belum boleh pindah kat sarawak...kesian aku kan...tapi apalah daya ku...selang sehari aku akan balit kampung yang akan ambik masa sejam 45 minit untuk sampai, kekadang hampir 2 jam...penat mmg penat tapi itulah pengorbanan yang mampu aku lakukan sebagai seorang ibu...sudahlah berjauhan dengan ayahnya, aku tidak mahu si kecil itu merasa kejauhan aku sebagai ibunya... sepanjang tahun ni jugak telah banyak dugaan yang aku hadapi, mudahan aku akan jadi orang yang lebih kuat pada masa akan datang...aminn

Friday, January 13, 2012

Tahun baru

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi. aku masih lagi diberi peluang untuk menjalani tugasan ku sebagai seorang hamba Nya.. Alhamdulillah, semoga tahun baru ni akan memberi kebahagiaan yang berganda buat ku..alhamdulillah jua, akhirnya apa yang kami nanti telah bakal tiba..mudahan Allah permudahkan segala urusan..semoga kehadiran tahun baru memberikan kepada ku orang baru dalam kehidupan ini...mudahan jua zuriat penghubung kasih sayang antara aku dan suami akan memeriahkan amanah yang Allah beri...Sesungguhnya hanya kepada Mu aku mengadu dan hanya kepada Mu aku memohon perlindungan...Lindungi lah kami, wahai Tuhanku yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...berilah kesempatan dan kekuatan pada si kecil ini untuk melihat dunia indah ciptaanMu...

Thursday, November 24, 2011

Kenape ALLAH temukan kita dengan org yg salah


Kenape ALLAH temukan kita dengan org yg salah ♥
Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.
1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita sedangkan di dalam diri manusia itu penuh dengan kecurigaan maka dengan itu, jangan lah kita berburuk sangka kepada Allah kerana sesungguhnya Allah itu mengikut sangka hambanya.


Kek chocolate moist.....sedap nyer...order dari NUMBER1 CUP CAKES...aku tak ader apa apa event tapi sengaja tempah sebab terliur kawan kawan kata sedap...kebetulan suami datang, aku tempah...alhamdulillah suami pun suka dan dia siap bawak balik johor...tq puan misa...

Wednesday, October 12, 2011

masakan ibu

Salam...pagi ni aku bertolak dari kampung sebab petang semalam balik nak uruskan pembelian perabut rumah..alhamdulillah, tinggal 10 peratus lagi rumah tu akan siap sepenuhnya..brg barang pun dah siap tempah semalam tinggal tunggu tauke tu hantar dan bayar...lepas tu rumah tu tinggal nak duduk je...alhamdulillah...tapi rasanya nak tambah dekor kat luar rumah..macam nak buat mini taman....
pelik jugak, sebenarnya pagi ni aku nak cerita tentang masakan ibu, bukan pasal rumah..merepek lak pagi pagi ni...jap tadi baru je lepas habiskan kelas 1 jam...sukenye hari rabu sebab ada kelas 1 jam je cuma petang ni aku kena pantau kelab lak...
masakan ibu,,,,entah kenapa terfikir nak tulis tentang masakan ibu pagi ni...yer lah, usia aku ni dah 30 tahun, tapi aku kekadang terfikir ada tak mak orang lain macam mak aku? aku dah kawen dah pun, tapi mak aku akan masakkan bekal makan tengahari untuk aku tiap kali aku balik ke kampung..kadang2 aku taknak tapi mak tetap buatkan...kadang kadang aku cakap nak sebab aku taknak mak kecik hati...tapi dah nama air tangan seorang ibu, walaupun yang dibuatnya sekadar telur dadar, sangat menyelerakan aku...huhuhu...esok esok, kalau mak kita dah tak ada, ada tak org yang boleh buat mcm tu kat kiter?
aku bersyukur ada seorang mak yang sngt bertanggungjawab...aku sangat sayangkan mak aku tapi sekarang mak dah selalu tak sihat, mak sakit kaki..nak bergerak pun susah tapi mak sangat cekap orangnya..mak tak pernah mengeluh tentang kesakitannya...Ya Allah, semoga kau beri keringanan pada mak aku...

Wednesday, October 5, 2011

travelog umrah


assalamualaikum...
entah kenapa semenjak menjadi isteri, aku amat jarang melayari diari maya ini..kadang kadang ingin rasanya berkongsi dalam sudut ini, cuma agaknya masa yang tidak begitu mengizinkan..alhamdulillah, pemergian ke tanah suci sangat meninggalkan kesan dalam hidupku...sukar digambarkan perasaan yang wujud ketika menatap dan memandang kaabah buat pertama kalinya...gembira, sedih, takjub,,semuanya bercampur baur...
penerbangan kami ke tanah suci bertolak pada 28. julai 2011 pada hri khamis..penerbangan pada jam 6.35 petang bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching menuju ke Brunei..tak silap aku, kami sampai ke Brunei pada jam 8 dan selamat tiba ke Brunei Hotel dalam jam 11 malam selepas beberapa ketika menunggu bas yang telah ditempah khas oleh agen kami...Alhamdulillah, kat Brunei dapat bilik yang sangat selesa dan luas...sebenarnya aku dan suami terkeluar dari senarai kumpulan kerana aku dan suami adalah pasangan terakhir yang mendaftar bersama agensi ini dan sebab tu jugak aku dan suami dapat extra layanan sikit...hehehehe..alhamdulillah..
keesokan pagi, seawal jam 8 pagi kami telah berangkat ke Airport brunei untuk ke Jeddah dengan menaiki pesawat Brunei Airlines...perjalanan selama 9 jam sangat mengujakan aku...alhamdulillah...sukar aku gambarkan perasaanku ketika itu...dalam pesawat yang sama, ramai juga jemaah dari negara lain terutamanya Indonesia..alhamdulillah, kami sampai ke Lapangan Terbang Jeddah pada masa yang ditetapkan tetapi amat memenatkan kerana terpaksa menunggu lebih dari 3 jam untuk menunggu bagasi kami...menurut kata ustaz yang bertugas dengan agen kami, beg kami kemungkinan besar telah tersalah hantar ke satu lagi lapangan terbang yang lain..hanya Allah yang tahu...dengan kepenatan dan perut yang lapar dan dahaga, akhirnya aku dan sepupuku mengambil keputusan untuk meminta kebenaran dari pegawai imegresen kat sana untuk keluar dari sebentar dari tempat menunggu beg kerana kesemua kami dah lapar..terutamanya ibu mertuaku yang gastrik..alhamdulillah, air mineral dan roti yang ku beli cukup untuk mengalas perut kami...
alhamdulillah setelah kepenatan beransur, beg yang dinanti akhirnya muncul dan kami akhirnya bergerak dari airport berkenaan menaiki bas untuk ke Madinah...aku pun dah tak ingat berapa jam perjalanan berkenaan kerana masa tu aku pun tak pasti waktu tempatan jam berapa...setelah perjalanan jauh merentasi padang pasir, akhirnya kami sampai ke MAdinah dan syukur pada Allah..hotel penginapan kami betul betul berhadapan dengan Masjid Nabawi....sampai sahaja di hotel, kami terus merehatkan diri dan tak lama selepas itu azan subuh pun berkumandang dan masa tu jam 4.20 pagi..awal nyer subuh kat sana kan..

Pagi tu lepas solat subuh, kami kembali ke hotel untuk membersihkan diri dan berehat sebentar dan alhamdulillah selepas tu Allah izinkan kami ke Raudhah...kat sana masa lawatan perempuan ke Raudhah adalah dari jam 7 pagi sampai 11 pagi sahaja...2 hari di MAdinah, kami menyempurnakan ibadah puasa..alhamdulillah, walaupun temph masa siang nya agak panjang, namun Allah permudahkan segalanya..cuaca memang sedikit agak panas dengan suhunya sangat menyengat...tapi alhamdulillah, Allah beri kemudahan pada kami...

setelah memasuki hari ke 5, kami telah berangkat dari MAdinah ke MEkah..perjalanan selama hampir 5 jam menaikii bas terasa sedikit kepenatan, namun di hati dan di bibir tak lekang mengungkapkan talbiah.."aku datang menyambut penggalian Mu Ya Allah...Labbaika Allahomma Labbaik. Labbaik La Shareeka Laka Labbaik. Innal-Hamdah, Wan-Nematah, Laka wal Mulk, La Shareeka Laka...".....

alhamdulillah, selepas sampai ke Mekah dan menghantar beg ke hotel semua jemaah bergegas ke Masjidil Haram untuk mengerjakan umrah...hanya Allah yang tahu betapa agungnya perasaan kehambaan kita bila mengadap Kaabah, sayu nya hati bila terkenangkan segala dosa dosa yang pernah dilakukan, pilunya hati ini bila melihat semua umat islam telah datang dari seluruh pelusuk dunia untuk mengabdikan diri kepada Allah disini...Maha Suci Allah...Ya Allah, ketika aku tulis tentang gambaran Kaabah ni, kepiluan dan kesayuan itu datang kembali...aku rindukan persaan dan pengalaman itu, dan aku berdoa agar suatu hari kelak aku akan kembali lagi ke sana...Ya Allah, semoga kau permudahkan laluanku menuju ke tanah suci mu lagi..

aku ingin rakamkan semua kenangan ku disini agar memori terindah itu tidak akan pudar dari ingatanku....

Tuesday, July 26, 2011

aku datang ya ALlah

Salam buat semua yang mengenali, yang masih sudi membaca coretan halus ini walau dimana kalian berada..
hati sudah tidak keruan mengenangkan tarikh yang bakal muncul kurang lebih 48 jam lagi...hati sudah melonjak lonjak tidak sambar untuk mengunjungi tanah haram Mu...ada gentar dalam diri bile di kenangkan segala dosa dan kesilapan diri...tapi jauh di sudut hati, terlalu kuat rasa nya mahu berada di bumi yang indah itu, aku ingin bersujud di tanah indah Mu wahai tuhanku..., aku mohon ya Tuhanku, terimalah amalan ku, terimalah taubatku, terimalah kedatangan ku...semoga kedatangan ku ini bukan lah kedatangan yang terakhir...semoga selepas ini kau permudahkan kedatangan yang seterusnya...
alhamdulillah, hati terpanggil untuk datang mengadap MU, alhamdulillah, apa yang selalu aku sebut, yang selalu bermain di bibirku, bakal kau makbulkan...amin...
alhamdulillah dan syukur kepada Allah, tarikh 30 Julai pada tahun ini, genap setahun usia pernikahan ku bersama suami tercinta...dan tanpa dirancang, insyaallah, tarikh itu akan kami sambut bersama di tanah suci...semoga Allah akan kurniakan rahmat dan kasih sayangnya pada kami berdua....buat suamiku Maulana, ketahuilah isterimu amat bersyukur kerana diberi kesempatan oleh Allah untuk menjadi suri hidupmu...terima kasih kerana menjadi seorang suami yang penyayang untuk diri yang serba kekurangan ini...ampun dan maafkan segala kesalahan isterimu ini sekiranya pernah dengan sengaja atau tanpa sengaja menyakiti hatimu...ampunkan lah daku wahai suamiku...sesungguhnya isterimu ini amat menyayangi mu, mengahrgai dan memerlukan mu...aku mohon dan akan sentiasa berdoa kepada Allah, agar ikatan kita ini akan sentiasa dirahmati dan dilindungi dengan kasih sayang dan rahmat dariNya...
Terima kasih atas segalanya......
terima kasih Allah...
terima kasih suamiku...