Thursday, November 29, 2012
selamat kembali
alhamdulillah...setelah sekian lama menyepi, akhirnya aku diberi kesempatan untuk mencoret sepatah dua kata dalam blog yang sekian lama aku tinggalkan..kali terakhir aku berkongsi cerita adalah pada januari tahun ini, dan sekarang, kita bakal menghampiri penghujung bagi tahun 2012...
terlalu banyak yang berlaku sepanjang tempoh ini dan kebanyakkan nya sudah aku buang jauh dari sudut kenangan hati kerana sisa baki masa yang tinggal, aku hanya mahu menjadi seorang yang bahagia dan ceria dan bukan hidup dalam kedukaan...
tahun 2012 sangat bermakna bagi ku kerana pada tahun ini, aku telah selamat melahirkan zuriat ku bersama suami tercinta yang diberi nama Aabiah Tahsina setelah setahun 4 bulan aku menunggu penuh sabar dan hikmah...sesungguhnya Allah telah menjawab doa kami..syukur...
dalam bulan ini juga, aku dah dapat kunci untuk rumah baru kami..dan insyaallah dalam bulan depan, dah boleh dah duduk rumah baru tapi masalahnya sekarang baby masih lagi kat kampung, mak n kakak jaga sebab suami masih belum boleh pindah kat sarawak...kesian aku kan...tapi apalah daya ku...selang sehari aku akan balit kampung yang akan ambik masa sejam 45 minit untuk sampai, kekadang hampir 2 jam...penat mmg penat tapi itulah pengorbanan yang mampu aku lakukan sebagai seorang ibu...sudahlah berjauhan dengan ayahnya, aku tidak mahu si kecil itu merasa kejauhan aku sebagai ibunya...
sepanjang tahun ni jugak telah banyak dugaan yang aku hadapi, mudahan aku akan jadi orang yang lebih kuat pada masa akan datang...aminn
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment