Wednesday, July 6, 2011

Perjalanan

Assalamualaikum...agak lama tidak berkesempatan untuk membuat coretan di sini...bukan kerana kesibukan tapi kerana ingin menyepikan diri seketika..tetapi kerinduan untuk bercerita tiba tiba datang...bulan jilau telah menampakkkan diri di dalam kalendar 2011, mei dan jun telah lama berlalu...

Kalendar Mei...
tarikh lahirku pada 2.mei disambut bersama suami tercinta..malam hari jadi, kami dalam perjalanan pulang ke pontian dari kuala lumpur...detik 02 mei aku sambut dalam kereta di sebuah RNR yang aku dah tak ingat tempatnya..masa tu berhenti kejap kerana sangat penat dan mengantuk...kami tertidur...sedar sedar, jam sudah menunjukkan jam 12.20 malam..dan si suami sedang asyik lena di kerusi pemandu...setangah jam kemudiankami meneruskan perjalanan pulang dan tiba di pontian pada jam 1.50 pagi...penat....

08 mei...penerbangan pulang ke kuching..sebelum bertolak, singgahjap kat bandar pontian nak cari barang, tapi suami kata dia nak gi tempat lain kejap...kejap tu barang yang dicari dah jumpa dan aku pun keluar tunggu..lamak jugak aku tunggu baru kelibat kereta suami sampai..masuk dalam kereta aku tanya dia kemana tadi, tapi dia cakap tak kemana...beberapa saat kemudian, dia keluarkan sesuatu dari sisi nya dan taraaaa...sejambak bunga dari suami tercinta...aku menangis kerana sangat terharu...tapi suami ku ketawa bila tengok aku menangis...kenape lak tak boleh ke org nangis? apa yang aku rasa aku pn tak faham. terharu, gembira pun ada....semua bercampur...

tapi itulah dunia rumah tangga, ada masa kita gembira, kita tertawa, ada masa kita berduka kita kan menangis sedih...semua yang datang adalah sebagai pinjaman dari Allah, kita hanya mampu menerima semuanya dengan penuh sabar dan redha...

No comments:

Post a Comment