Monday, August 17, 2009

induksi

assalamualaikum...
hari ni adalah hari pertama aku menghadiri sesi induksi..pagi tadi ketika bersarapan di hotel, aku dan kawan sebilik oli, menghadap bahagain depan pintu lobby...ketika sedang enak menjamah juadah pagi, dua bas yang disewa khas menurunkan atlet2 kurang upaya (o.k.u)...ada yang berjalan dengan kaki yang tempang, ada juga yang bergerak dengan menaiki kerusi roda..tiba tiba ada satu rasa sayu dalam hatiku..sesungguhnya mereka itu amat kental jiwanya..dan masa yang sama aku bersyukur..ya..alhamdulillah, aku adalah hamba Nya yang lengkap anggota...alangkah bertuahnya kita bila kita dikurniakan anggota badan yang lengkap...semuanya milik Allah..bila bila masa sahaja, Dia akan menarik nya jika itu yang Dia kehendaki...jauh di sudut hati, aku amat bersyukur di atas apa yang Allah kurniakan pada aku..terima kasih Allah, atas kasih sayang Mu...

No comments:

Post a Comment