Apabila memperkatakan tentang kebahagiaan, manusia seringkali bertanya? Apakah aku bahagia?
Namun pernah kah kita mencari jawapan disebalik makna bahagia?
Hidup yang kita lalui, makanan yang kita nikmati, pasangan yang bersama kita, dugaan kesakitan yang Allah beri, adakah itu kebahagiaan?
Tetapi apa yang pasti kita yang menentukan kebahagiaan kita.kebahagiaan yang dikejar ibarat seekor kucing yang berlari mengejar ekornya...hakikatnya, kita yang memilih kebahagian kita sendiri. kita sendiri yang tentukan corak kebahagiaan kita, maka jangan lah kita salahkan orang lain sekiranya kehidupan yang kita lalui tidak seperti yang kita harapkan..
untuk berbahagia, anggaplah segala kurniaan Allah kepada kita adalah sstu yang membahagiakan .
Bila gagal dalam bercinta, dengan erti kata lain, apabila pelamin yang di angankan tidak juga kunjung tiba, maka terima lah segalanya sebagai sesuatu yang positif..Siapa tahu, Allah hendak mengurniakan seorang suami yang lebih baik, lebih mulia berbanding hamba Nya yang kita kasihi sebelum ini.
Peluang untuk menonton filem "SYURGA CINTA" amat memberi impak dalam persepsi peribadi..Untuk apa bercinta? Apakah semata mata kerana mahu hidup semati? atau juga untuk mencari keredhaan Allah? Bahagiakah bahtera yang di layari seandainya tidak menitik beratkan faktor keagamaan? Mungkin jua bahagia, tapi untuk sementara, hati tetap akan kosong, jiwa tetap ingin mencari sesuatu bagi melengkapi kehidupan yang dirasakan kosong..dimanakan hilangnya perasaan yang kosong itu? Sudah pastinya kasih sayang dan cinta Allah..
Mencintai Allah lebih membahagiakan daripada cinta manusia..kerana dengan mencintai Allah, segala yang pahit akan menjadi manis, yang payah akan menjadi senang dan yang gentar akan menjadi tenang..Mencintai Allah,bererti mendekatkan dir pada Nya, mengadu kepada Nya dan sentiasa mengharapkan keredhaan Nya setiap masa dan ketika..Namun ada kalanya, setiap aduan yang kita nyatakan padaNya, lambat untuk disambut?..itu tanda nya Allah merindui tangisan dan alunan suara kita ketika kita memohon dan meminta pertolongan Nya.
Kerana Allah mahu kita terus mendekatkan diri kita kepada Nya.
CINTA..cinta kepada manusia penuh kepelbagaian, ada pahit, ada manis, ada bahagia ada jua sengsara..tetapi mencintai ALLAH..segalanya tetap indah..manis dan tidak pernah akan wujud kesengsaraan...CINTAILAH ALLAH MELEBIHI CINTA PADA MANUSIA KERANA CINTA NYA ADALAH ABADI
Friday, May 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment