Sunday, May 31, 2009

Terima kasih Allah

dunia yang bakal aku tinggalkan, sahabat setia yang seringkali menemani masa sedih suka ku, keluarga yang sentiasa berada disisi dan detik waktu ku, dan juga insan insan tersayang yang akan ku bawa bersama nanti..segalanya cuma pinjaman untuk ku sementara di dunia ini...

sekejap saja nanti, pergi lah aku sendirian mengadapNya..bersabarlah dunia yang aku tinggalkan..aku pergi cuma sebentar...pergi mengadap kekasih sejati ku..bersabarlah duhai dunia, terpisah kita di alam nyata..pasti kan bertemu di alam syurga..

"aku, yang menghitung detik waktu yang dijanjikan tuhan..."

Saturday, May 30, 2009

Cerita hati

cerita sekeping hati
pada sebuah perjalanan yang suram
meniti detik waktu di batasan perhentian

cerita sekeping hati
yang luka tanpa palitan darah
meruntum seluruh jiwa penuh sengsara
menambah derita kebatinan

cerita sekeping hati
firasat tak terarah
madah kian pudar
pengertian tiada terfikir

cerita sekeping hati
yang kolam rasanya telah layu dan usang
danau cintanya telah layu dan usang
menanti detik bahagia yang kianterpadam
malap...dan suram...

cerita sekeping hati
aku ingin berlari...!
bersama caturan pelangi di gigi senja
telah gagal aku anyamkan
mimpi indah yang bukan realitiku

cerita sekeping hati
realiti sebuah kehidupan
yang dilakonkan watak sebeanr
diarahkan kejahilan naluri.

30.05.2009

Aku kah itu?

Aku yang sepi di belenggu mimpi,
ibarat beburung terbang kepatahan sayap,
mencari dahan berpaut kasih
mencari sangkar berteduh bahagia.

aku yang sepi di belenggu mimpi,
bagai bintang tanpa sinar,
meniti hari berteman tangis,
meniti waktu bersandar pilu.

aku yang sepi di belenggu mimpi,
umpama bunga tiada harumnya,
menilai hidup tanpa semangat,
menilai sengara bagai peneman.

aku yang sepi dibelenggu mimpi,
hilang diri pada sebuah kenangan,
hilang bahagia pada sebuah cinta,
hilang ceria pada sebuah derita.

akulah yang sepi itu,
masih di belenggu mimpi berabad,
mimpi yang sedih, mimpi yang pedih,
berlingkar utuh pada dasar kehidupan.

berillusikah aku pada cinta itu?
atau kesepian itu lah realitiku?

30.05.2009

Friday, May 29, 2009

kebahagiaan vs penderitaan

Apabila memperkatakan tentang kebahagiaan, manusia seringkali bertanya? Apakah aku bahagia?
Namun pernah kah kita mencari jawapan disebalik makna bahagia?

Hidup yang kita lalui, makanan yang kita nikmati, pasangan yang bersama kita, dugaan kesakitan yang Allah beri, adakah itu kebahagiaan?

Tetapi apa yang pasti kita yang menentukan kebahagiaan kita.kebahagiaan yang dikejar ibarat seekor kucing yang berlari mengejar ekornya...hakikatnya, kita yang memilih kebahagian kita sendiri. kita sendiri yang tentukan corak kebahagiaan kita, maka jangan lah kita salahkan orang lain sekiranya kehidupan yang kita lalui tidak seperti yang kita harapkan..
untuk berbahagia, anggaplah segala kurniaan Allah kepada kita adalah sstu yang membahagiakan .

Bila gagal dalam bercinta, dengan erti kata lain, apabila pelamin yang di angankan tidak juga kunjung tiba, maka terima lah segalanya sebagai sesuatu yang positif..Siapa tahu, Allah hendak mengurniakan seorang suami yang lebih baik, lebih mulia berbanding hamba Nya yang kita kasihi sebelum ini.

Peluang untuk menonton filem "SYURGA CINTA" amat memberi impak dalam persepsi peribadi..Untuk apa bercinta? Apakah semata mata kerana mahu hidup semati? atau juga untuk mencari keredhaan Allah? Bahagiakah bahtera yang di layari seandainya tidak menitik beratkan faktor keagamaan? Mungkin jua bahagia, tapi untuk sementara, hati tetap akan kosong, jiwa tetap ingin mencari sesuatu bagi melengkapi kehidupan yang dirasakan kosong..dimanakan hilangnya perasaan yang kosong itu? Sudah pastinya kasih sayang dan cinta Allah..

Mencintai Allah lebih membahagiakan daripada cinta manusia..kerana dengan mencintai Allah, segala yang pahit akan menjadi manis, yang payah akan menjadi senang dan yang gentar akan menjadi tenang..Mencintai Allah,bererti mendekatkan dir pada Nya, mengadu kepada Nya dan sentiasa mengharapkan keredhaan Nya setiap masa dan ketika..Namun ada kalanya, setiap aduan yang kita nyatakan padaNya, lambat untuk disambut?..itu tanda nya Allah merindui tangisan dan alunan suara kita ketika kita memohon dan meminta pertolongan Nya.
Kerana Allah mahu kita terus mendekatkan diri kita kepada Nya.

CINTA..cinta kepada manusia penuh kepelbagaian, ada pahit, ada manis, ada bahagia ada jua sengsara..tetapi mencintai ALLAH..segalanya tetap indah..manis dan tidak pernah akan wujud kesengsaraan...CINTAILAH ALLAH MELEBIHI CINTA PADA MANUSIA KERANA CINTA NYA ADALAH ABADI

YOU ARE WHAT YOU THINK.

Whatever you plant in your subconscious mind and nourish everyday with conviction and emotion will one day become a reality.
Constant repetition carries conviction.
Repeat something often enough and it will start to become part of your experience.
A change in what you tell yourself will result in a change in your behavior.
What you impress upon your mind, you'll inevitably become.
Self suggestion will make you master of yourself.
Any idea, plan, or purpose may be placed in the mind through repetition of thought

Thursday, May 28, 2009