Tuesday, August 10, 2010

Alhamdulillah

Assalamualaikum...
setelah sekian lama, akhirnya Allah permudahkan urusan ku untuk kembali di ruangan ini...Alhamdulillah, berkat doa dan restu dari kedua ibu bapa, aku kini sah bergelar seorang isteri kepada suami tersayang, M.N.M....
Alhamdulillah, pertemuan yang di atur dan direncanakan oleh kedua ibu bapa kami berakhir dengan satu kemenangan..hanya sempat kami berkenalan menerusi talian talifon selama 2 minggu sebelum di ijab kabulkan...alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami...
pada mulanya, agak sukar membiasakan diri dengan status yang baru..tapi Alhamdulillah suami amat mengambil berat dalam semua hal..solat berjemaah bersama suami, menunaikan solat hajat, bersolat dhuha dan semuanya...
buat suami tersayang, terima kasih kerana menerima diri ini seadanya..semoga Allah kurniakan kita dengan zuriat yang soleh dan solehah, buat peneman kita di hari tua...
terima kasih kerana menegur diri ini yang serba kekurangan, agar jangan leka dari mensyukuri nikmat Allah...Semga Perkahwinan kita akan sentiasa di berkati dan dirahmati Allah...
buat suami ku, izinkan diri ini menjadi pendamping yang setia buat mu, izinkan diri ini menjadi tongkat ketika kau jatuh tersungkur agar dapat kau kembali bertatih, izinkan aku menjadi bidadari dalam hati mu, agar dapat diri ini usapi air mata mu tatkalal kau menengis sedih..
buat suami ku..terima kasih atas segalanya...semoga tarikh 30.07.2010 akan menjadi titik permulaan manis dalam lipatan hidup kita...